Friday, August 26, 2016

Luaran itu Hati

Assalamualaikum... Pernah tak korang kutuk kawan-kawan kat FB, IG, Twitter atau kat mana-mana media sosial??? PERNAH kan!!!! TIPU kalau kata TAK!!!

Biasanya akan terjadi kat golongan yang nak berubah tapi timbul tenggelam... YUP!!! Timbul tenggelam... Kadang-kadang terasa diri sendiri macam tu jugak... Payah nak kawal nafsu dan keinginan hati... SUSAH sangat... Salut dengan golongan yang betul-betul berubah down to earth... Maksud saya NO SELFIE & NO OVER FASHION...

Perasan tak? Ni bukan nak kutuk ye... Pandangan masing-masing dan mungkin pandangan orang lain jugak... Perasan tak?? Golongan berpurdah zaman sekarang suka selfie tunjuk mata guna lense colorful, celak dan eyebrow cantik terbentuk... Perasan tak?? Tak semua, tapi ada segolongan yang macam tu... HAAAAA!!!! Jenis ni la yang saya kata berubah timbul tenggelam... Berubah yang tak ready betul-betul nak berubah...


👀 Siapa aku... Jangan kau Hina 💬
👀 Siapa dia... Jangan kau Hina 💬
Mula 1 👠 langkah, lebih baik dari  duduk diam tanpa Mula 🏃


Gambar contoh
Benda tu lah yang saya rasa kat diri sendiri... Payahhhhhh betul-betul nak tutup aurat... SEBAB KEINGINAN PADA FESYEN MASIH KUAT... Minat tu tak pernah pudar... Bukanlah fesyen pelik-pelik, tapi rasa nak bergaya tu masih ada... Kalau nak jadi MUSLAMAH 100% memang payah nak bergaya... kan kan kan??? =) Ada je fesyen untuk muslimah, tapi tak secantik fesyen biasa... =)

1 NM... Pelbagai rupa...
Saya boleh datang dalam pelbagai imej... Kadang-kadang saya sendiri tak kenal personaliti diri... Semua tu datang ikut keinginan hati dan mood... Tapi Alhamdulillah, walau apa pun gaya yang saya nak guna, saya akan CUBA titik beratkan AURAT... Yang penting tutup punggung & dada, sebab Addin paling tak suka kalau baju saya ketat bahagian tubuh... Tak susah nak BUNGKUS aurat, tapi SUSAH nak TUTUP aurat... 

Proses mengenali & penyesuaian... Proses mengenali perwatakan baru dan menyesuaikan diri dengan perwatakan baru... Kalau hati tak kuat, akan tersasar dari laluan... Kalau kuat dan Istiqamah, InsyaAllah akan sampai ke penghujung hingga habis... 

Adalah normal untuk mengalami gangguan setiap kali perubahan... Benda command, perubahan emosi setiap kali datang bulan... Perkara yang jadi tiap bulan pun masih payah nak kawal emosi diri... Apatah lagi perubahan yang pertama kali berlaku dalam hidup?? SEMPURNAKAN diri...

Addin selalu tanya kat saya bila tengok perempuan yang tak jaga aurat... Perempuan tu tak sayang suami ke? Sebab sanggup biarkan suami dia masuk neraka gara-gara tak tutup aurat... Payah jugak saya nak jawab... Diam dan berfikir je lah... Addin ni muslim convert, jadi paham je lah... Bila dia nak belajar, dia akan banyak membaca... jadi pemahaman dia memang lurus dan bersih... Kita yang azali lahir Islam ni yang sepatutnya lebih faham dari diorang...


Semoga saya sendiri dan kawan-kawan yang lain ISTIQAMAH untuk menjaga aurat... SUSAH tapi mesti CUBA dan BELAJAR.... Kalau tak mula, sampai bila-bila pun tak buat... Dari susah dan payah tu, akan timbul kebiasaan dan menjadi mudah... InsyaAllah.... Semoga dipermudahkan segalanya...

Take care People... =)

Thursday, August 25, 2016

Roti TISU fav Areej

Assalamualaikum... For the first time saya makan roti tisu... Macam pelik kan? yerr memang 1st time. Sebab nama pun roti tisu, bunyi nya macam tak sedap langsung. Tapi bila bawa Areej pergi makan, mesti order makanan yang Fun, Menarik dan Sedap... Nak atau tak, kita try menu yang nampak pelik bunyi nya... ROTI TISU...


Areej ni, dia tak memilih makan... Tapi benda tu mesti sedap dan bukan sayur... Mesti sedap tu maksudnya SEDAP dan MENARIK... Pening jugak nak pilih menu Areej, sebab kena fikir dulu, kalau order sesuka hati dan tak menarik mata, dia tak nak makan... huahuahua... Saja je budak ni kan??? Nak main je lebih sebenarnya... =D
(Pening bila kedai tu tak jual MI KOLOK, fav Areej mi kolok je... ^_^ )

Roti canai biasa, Areej tak makan.. Tapi Roti tisu Areej suka dan makan sampai habis... Sebab kenapa? Lepas ni bagitau... Nak explain dulu......
Ni first time saya rasa roti tisu, tak pasti pulak memang macam ni ke tekstur dan rasa dia kat semua kedai?? Tekstur yang Areej makan tu, roti dia nipis macam tisu, rangup macam keropok, ada sapuan butter dan gula tabur... Sedapppppp.... rasa macam roti tiger gula pun ada... Hihi... Memang macam tu ke rasanya?

Roti tisu yang Areej makan tu waktu di Cameron... Kat semenanjung memang banyak roti tisu... TAPI kat kuching tak banyak kedai yang jual... Yeke tak banyak?? atau saya yang tak perasan dan tak pernah cari?? Tapi betul, rasanya memang jarang tengok menu roti tisu kat kedai.. Rasa pun entah sama ke tak... nanti saya nak try makan Roti Tisu Kuching pulak, Harap-harap sedap...

Take Care People.. =)

Wednesday, August 24, 2016

Suamiku 29 tahun di Cameron

Assalamualaikum... 20 Ogos 2016, genab 29 tahun dah umur suami tersayang... Eldrine Addin Bin Ajus... =) Umur je 29, tapi perangai & muka masih macam budak-budak lagi... hihi.. =)


Cameron Highland, untuk kali yang ke-2... Pergi 2014 tanpa Areej, kali ni pergi bersama Areej dan adik-adik saya... Alhamdulillah... Walaupun dekat-dekat je, tapi seronok, yang penting masa berkualiti bersama keluarga... Kalau dulu datang dengan Bas, kali ni datang dengan kereta sendiri pulak... Lagi seronok dan bebas bergerak... =) 

CERITA CAMERON 2014 boleh klik kat sini >>> Cameron Highland 2014

Nama pun dah kali ke2, jadi dah agak familiar dan dah pernah pergi hampir semua tempat. Bezanya dulu tinggal kat Hotel De'La Fern (Tanah Rata), tapi kali ni tinggal kat Country Lodge Resort (Brinchang) pulak. Takde lah jauh pun jarak 2 pekan tu, dalam 5km je jaraknya. Tapi kedua-dua lokasi tu ada kaitan sebab ada keistimewaan tertentu... =)
  • Kawasan Brinchang lebih tinggi dan dekat dengan banyak pasar malam dan lebih meriah dari Tanah Rata. 
  • Tanah Rata pulak sesuai untuk jalan-jalan dan makan-makan, sebab Tanah Rata ada lebih bayak kedai makan dan Tourist Kaunter untuk apa-apa maklumat kalau nak buat aktiviti atau lawatan sekitar Cameron.

Jadi, Kesimpulannya, pergilah kat kedua-dua pekan tersebut dan lebih mudah bergerak kalau datang dengan transport sendiri... =)

LAVENDER FARM
BIG TREE STRAWBERRY FARM
Tujuan pergi cuma ada 2... Nak ke Big Tree Strawberry Farm dan Lavender Farm... Dua lokasi tu seperti gambar kat atas... Kat Cameron ada berpuluh ladang Strawberry, Tapi Big Tree Strawberry Farm ni memang recomended... Bukan setakat jalan-jalan je kat dalam, tapi cafe dia ada pelbagai menu berasaskan Strawberry... SEDAPPPPPP...saya dah cuba semua... Hihihi~~~

  • Pancake Strawberry & Ice cream
  • Waffle Strawberry & Ice Cream
  • Strawberry Sundae
  • Strawberry float
  • Stawberry Cheese Cake
  • Strawberry salad DAN macam macam lagi...

Lokasi nak makan, takde nak recommend sangat sebab semuanya sama je. nak makan ikut citarasa sendiri sama ada nak makan pasar malam, kedai mamak, western atau gerai melayu... Semua nya ada (Tanah Rata lebih banyak pilihan gerai)... =)
Moment, segala moment bersama keluarga tu adalah yang paling seronok... Tak de perkara lain yang menyeronokkan selain habiskan masa bersama keluarga... Semoga Hari Lahir tahun ni memberi memori baru buat Addin...

Cantik secantik bunga diladang lavender... =)
Lepas ni nak kemana pulak ye... Dalam otak cuma fikir 1 je... Saya nak ke Kota Kinabalu lagi sekali, sebab ke KK bulan Febuari lepas tak puas jalan-jalan... Semoga dimurahkan rezeki dan panjang umur untuk holiday penghujung 2016... Amin... =)


Ni gambar saya dan adik-adik, Ezi dan Mulia pun ikut sama ke Cameron... Lagi ramai lagi meriah dan seronok... Gambar ni cantik sebab penuh dengan filter camera,... OPpppssss... hihihihi~~~~ =P

Take Care People... =)

Wednesday, August 17, 2016

Pokemon Go gone wild??


Assalamualaikum... dan hai Pokemon Go player... =) Sejak bermulanya permainan Pokemon Go ni, macam-macam hal kita dah dengar kat berita dan internet... Kebanyakan nya dan boleh dikatakan 80-90% adalah negatif... Sampai nak diharamkan dan keluar fatwa pengharaman pulak... Sudahhh...

Saya ni bukan Ahli Sunnah dan bukan jugak Pro Pokemon.. Tapi saya ni lebih melihat kepada positif dari negatif... Yela, kalau nak hidup gembira, otak kena lebih positif, jantung pun lebih sihat... =)
Kalau sudut NEGATIF, tak perlu rasanya saya nak tulis, banyak dah korang baca rasanya kat Facebook, Berita, Blog dan Website... Satu CONTOH negatif, PokeStop diletakkan dikawasan Masjid, Surau, Gereja, Tokong dan Kuil... Kenapa jadi isu?? bukan mesti masuk atau mengganggu didalam tempat tersebut, cukup hanya lalu kat tepi jalan tu je... Masalahnya adalah mentaliti orang kita yang suka mengkaitkan isu sensitiviti kaum... Cuba fikir sudut positif, mana tau tengah diorang lalu untuk token Pokestop, tetiba Azan... InsyaAllah terbuka hati diorang nak singgah solat dulu... =)
TAPI, untuk isu keselamatan negara tu, saya tak nak komen lah... Hihihi~~~

POSITIFnya pulak, saya suka sebab ada perubahan ketara di bandar... =) Saya tak sentuh bandar dan negeri lain, sebab saya tak duduk kat sana. Saya menulis tentang Negeri dan Bandar saya sendiri je... KUCHING... Tapi kalau perubahan yang sama berlaku kat tempat korang, maksudnya baik la kan? =)

KUCHING... Boleh di katakan bandar mati sebelum ni... Kalau takde event di kawasan Waterfront atau Padang Merdeka, bandar kuching tersangatlah sunyi sepi... Ada penduduk, tapi mungkin duduk berperap di rumah atau entah dimana... (Mungkinlah kot) 



TAPI...Sejak dikenalkan dengan permainan baru ni, bandar betukar jadi meriah sangat-sangat kalau dihujung minggu... Kawasan yang asalnya sunyi sepi, jadi penuh dengan manusia sampai jalan raya pun sesak... Bukan stress jadinya, tapi seronok sebab suasana hidup semula.. ^_^
Yang remaja memanglah, kepala dok fokus pandang skrin handphone, tapi anak-anak yang datang bersama ibu bapa pun tumpang gembira sekali... Sampai jam 11 malam, pengunjung masih ramai sebab leka menangkap Pokemon. Areej pun seronok bermain belon buih sampai dah tak ingat penat dan tak peduli mata mengantuk...


Selain Waterfront, banyak lagi spot-spot lain yang tidak kurang meriahnya seperti Taman Sahabat... Harap-harap suasana begini akan kekal lama... Bila jalan-jalan kat tempat macam ni dengan anak-anak dan keluarga, teringat balik sewaktu saya kecik-kecik. Sebab Arwah Bapa dan Mak memang suka bawa kami adik beradik habiskan masa berhujung minggu kat taman-taman awam macam ni... Ni je cara untuk eratkan hubungan dan sebahagian daripada aktiviti bersama keluarga... =)


Assalamualaikum... Take Care People... =)


Tuesday, August 16, 2016

Worth BURN RM2k For ***

Assalamualaikum... Dh lama menyepi dan takde masa nak update entry... Lagipun takde topik nak update... Hari ni ada cerita sikit, duit tiket RM2k burn sebab cancel trip ke Korea 18 Ogos 2016 ni... It's worth and I have my own reason... Diharapkan pengorbanan tu berbaloi... Kenapa?? nanti bila masa dah sesuai akan saya ceritakan jugak... Hopefully Happy Ending... Penuh drama ni... Sebab jadi persoalan jugak, RM2k tu bukan sikit... YELAAA...untuk ORANG KAYA secubit je RM2k tu, tp untuk orang biasa macam saya ni, BESARRR GILAAAA tau tak? Lepas beli susu dan pampers Areej selama 4 bulan... Huhu... 

Sebenarnya nak mintak AA refund duit tiket tu, tak dapat semua, sikit pun jadilah... Salah satu caranya, minta surat pengesahan dari doktor dan declare sakit untuk dijadikan sebab tak boleh terbang. TAPI, tak nak lah berbohong macam tu... Nanti tak pasal-pasal Allah bagi sakit betul-betul baru padan dengan muka... Cara lain tak pasti pulak, sebab tu je cara yang kawan-kawan bagitau...

CONFIRM cancel dah... =)
Bila ditanya kenapa CANCEL?? Jenuh jugak nak jawab... Simple je jawapan, duit tak cukup nak melancong... Hihihi... Logik la kan, sebab kalau takde lebih RM5k, sy tak jamin untuk pegi... Memanglah belanja tak habis pun RM5k tu kalau berjimat cermat, TAPI jangan lupa... Awak tu pergi jauh, apa-apahal emergency, duit tu perlu tau... InsyaAllah kalau ada rezeki tak kemana... Sekarang tak nak kecoh lagi... Nanti masa sesuai sy ceritakan kenapa cancel trip Korea tu... SMILEEE!!!!! (^_^)

Jadi, memandangkan trip jauh dah cancel, buat last minit plan untuk trip dekat-dekat je... 18 Ogos 2016 tetap terbang, tapi kami gerak ke CAMERON HIGHLAND... =) Last 2014, saya dan suami dah pergi ke Cameron, tapi tanpa Areej... Kali ni datang bawa Areej sekali... Pengalaman yang berbeza walaupun datang untuk kali kedua...


Tak sabar nak bawa Areej holiday... (^_^) Doakan yang terbaik ye... =)

Take Care People... Assalamualaikum...

Wednesday, June 15, 2016

Ramadhan 2016/1437H

Salam Ramadhan ke 10... Dah 10 hari berlalunya ramadhan, baru sekarang berkesempatan nak update entry... Semoga puasa kita mendapat keberkatan dan dipelihara sebaik-baiknya... 
Esok, 11 Ramadhan... genap 1 tahun calendar Islam pemergian bapa... Rindu sangat-sangat... Tapi Alhamdulillah masih ada emak disisi... Mak pun baru datang semalam. Dah berbulan-bulan mak di Putra Jaya tinggal bersama abang dan adik, menjelang nak raya ni, mak balik awal sikit untuk buat persediaan apa yang patut...

2016 ni, kehidupan saya agak berserabut... Hihi... Ye, berserabut dan tak menentu dan tak teratur... Banyak sangat impian dan cita-cita nak dicapai.. Belum selesai satu, saya dah nak buat lain, belum selesai lain, saya dah tambah baru... Alih-alih, semua tergantung dan ada yang hampir tersungkur... huhu... Sekarang masa untuk slowdown dan atur satu persatu benda yang dah berserabut dan kacau bilau... Pening jugak dibuatnya... -_-

Apa impian yang banyak sangat tu? Banyak sangat dan semuanya BERMODALKAN duit, sebab tu hidup boleh jadi tunggang langgang kalau tak teratur... Benda yang saya buat ni, ibarat nasi seperiuk kecik tapi nak hidangkan buat sekampung... Parah tuuu... Rilek...Rilekkk... Ambil masa untuk stabilkan semula... Dalam hidup ni, kalau kita tak 'gamble' dalam buat keputusan, kita tak kan berjaya... Hihi... Tu lerrr cara saya, pening kejab, pecah kepala kejab... Nanti kalau dah selesai, Allah je tahu perasaan puas hati tu... Reward dari semasa ke semasa... ^_^


Selamat berpuasa... letih ni,... Nak rehat... Assalamualaikum... =)


Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~