Monday, February 14, 2011

Valentine dan Islam


Semua orang tahu dah 14 February... Tapi kita sebagai yang beragama islam, sambut ke hari valentine ni??? Mungkin tak patut kot, sebab ni bukan budaya islam. Lagipun islam tak pernah meletakkan hari-hari tertentu untuk hari kekasih... Kalau nak berkasih, hari2 pun boleh kan??? hehheheh~~~
Lagipun valentine ni ada kaitan dengan unsur-unsur kristian dan amalan nya ada jugak bercampur dengan unsur2 maksiat...


Gambaran peperangan antara Islam dan Kristian
Ni ada sikit sejarah valentine yg saya nak share kat korang...=)) Dari sudut bahasa, Valentines dalam bahasa inggeris atau Valentino dalam bahasa Italy adalah berasal daripada nama sesebuah keluarga yang berasal daripada Rom, iaitu Valentinos yang juga berasal daripada Bahasa Latin iaitu Valens yang bermaksud aktif, kuat dan seumpamanya.

Ada 3 pendapat pasal asal usul Valentine Day :

1. Pendapat pertama, Hari Valentines day bermula masa pemerintahan empayar Rom, dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi orang Rom. Hari berikutnya 15 februari bermulanya pesta Lupercalia, iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom dimana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis diatas kertas dan dimasukkan kedalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama yang ada didalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya sepanjang pesta berlansung.

2. Pendapat Kedua, pada 14 Februari 270 Masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Masa itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat dalam peperangan. Menyedari hakikat itu St Valentines dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatab tersebut St Valentines ditangkap dan diheret dan  dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada Februari 270M . Sebagai simbol Ketabahan, Keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup maka 14 Februari telah dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

3. Pendapat ketiga, Hari Valentine diambil sempena nama seorang paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya ditempat kedua tertinggi selepas Pope. Bila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan Kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine merupakan seorang paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St Valentines yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya untuk sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.

Renung2kan... Selamat beramal... heheheh~~~ =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~