Sunday, February 27, 2011

Jangan Tolong Kawan

Hurmmm... Ntah apa2 la skarang.. macam2 je jadi dunia sekarang... dari kawan orang boleh jadi musuh... semuanya gara2 lelaki... haduiiiiii.... ~~,) Saya ni pun bukannya bagus sangat, ada jugak buat benda tak baik... Tapi saya hanya nak kongsi dan bercerita....

Dulu Mimi dengan Lina ni kawan... Then, terjadi la satu hal, Mimi dengar macam2 cerita dari kawan Mimi yang lain, salah sorang tu Mimi panggil dia "Bro"... Bro pernah kacau Lina, biasa la kalau lelaki ngorat2 pompuan... Sepanjang bro layan Lina, banyak crita tak baik yang Mimi dengar... Mimi crita je lah, sebab kalau Mimi cerita pun, bukannya orang kenal siapa Lina ni... Disini hanya sebagai tempat meluah... ~~) Semua watak adalah bukan nama sebenar...

Dulu, masa bro layan Lina, bro pernah ecrita Lina ni macam nak "pau" dia... imagine sajalah, kalau baru 1st date petang tu, malam pulak Lina dah mintak duit dlm RM1000 lebih... Tak pau ke tu?? Kalau korang fikir2kan, tu pau kan??? Tak pun pisau cukur... Entah lah... Lepas tu, sepanjang bro layan Lina, dia bagitau bro, dia dah betunang dengan seorang lelaki ni... dan lelaki ni Mimi kenal amat sangat dan orang yang baik... Mimi panggil dia Anuar je... Mana pernah diorang ni bertunang...couple pun tak pernah... Anuar ni pun memang dah bertunang, tapi dengan wanita lain... Lina bagitau bro, dia nak mintak duit sebab tunang dia keja jauh, dan belum lagi bagi duit belanja...

Apa yang Mimi angin sangat....Lina mengaku Anuar ni tunang dia, sedangkan mereka tak pernah pun couple.. Cuma berkawan camtu je... apa motif Lina sebenarnya?? nak kikis ke??? Itu Mimi tak pernah tanya laa.. Mimi just buat2 tak tahu je... Tapi memang sedeh lah bila tahu cerita ni... Tak sangka pulak... Sebab Mimi ingatkan Lina ni baik...

Then one day, Anuar bagitau Mimi, yang Lina dah remove dia dari Facebook... apasal pulak?? Anuar bukan ada feeling apa2 pun.. Maybe Lina tak nak Anuar tau dia dah ada pakwe baru... tapi tu tak kisah lah kan?? biasa lah kalau nak sembunyikan dulu... Tapi, yang buatkan Mimi sakit hati sangat, Anuar pernah bagitau mimi....Beberapa hari lepas, Lina chatting dengan dia, Lina kata nak bagi balik semua barang2 masa mereka kawan.. Kenapa nak bagi balik pulak?? kawan je kottt.. simpan je lah kalau ada apa2 pun yang diberi sebelum tu... tak kan lah sebab dah ada pakwe baru, kawan2 lama semua nk di buang???... tak profesional langsung... Nak tau apa barang tu?? just CD jerr.. Anuar pernah tolong burnkan untuk letak dalam kereta.... Mimi tak faham, apa politik Lina buat camtu?? nak sakit kan hati orang??? nak jeles kan orang??

Sekarang... Lina dah ada pakwe, pakwe Lina tu anak saudara bro...  Macam kebetulan pulak kan??? Nama dia Fizul... Bila Lina dah couple dengan Fizul, tentulah bro ada dengar sikit2 cerita terbaru pasal Lina ni... Time awal2 tu, bro tak tau lagi diorang ni couple... Bro pernah crita kat member, Fizul ada mintak benda yang bukan2... Pinjam duit yang banyak dan mintak TV dari rumah bro... Bro heran, apasal Fizul mintak yang bukan2... Pasal duit, Fizul bagitau nak jumpa kawan kat sabah sedang sakit, tp bro bagi bagi, sebab bro dah was2 dan rasa macam ada sesuatu yang tak kena, bila bro tak bagi, Fizul pinjam kat kazen lain pulak...
Siasat punya siasat.. Rupa2nya Lina yang pegi Sabah, jadi tentulah hal tentang Fizul nak pegi sabah tu ada kaitan dgn Lina ni.... dan hal TV tu pun mesti ada kaitan dgn Lina ni jugak...

So, Mimi pun jadi makin bingung... apasal Mimi dengar macam2 cerita dah sekarang??? banyak sangat dan dari pelbagai sumber... semuanya crita tak baik... jadi sebagai langkah untuk menyelamat.... Bro pernah bagi nasihat kat Fizul untuk berhati2 dengan Lina tu... kalau dah nama nak bagi nasihat, tentulah bro cerita semua perkara yang dia tahu pasal Lina tu... tak kurang jugak Mimi, Mimi pun ada bagitau ckit2 perkara yg Mimi tahu kat Fizul... Sebab Mimi jadi kesian pulak dah kat Fizul, takut dia kena tipu... Mimi pun dah malas lah nak kawan dengan Lina, sebab malas dah nak dengar cerita pelik2... Mimi just ignore je dan remove dia dari friend list FB... Itu pun sebab dah malas nak masuk campur hal diorang.. Tapi sekarang lain pulak dah jadi... Fizul ingat semua orang nak fitnah sebab cemburukan dia dengan Lina... Ya Allah... buat apa la nak cemburu... niat family Fizul cuma nak selamatkan Fizul je... Tapi kerana seorang perempuan, Fizul singkirkan family... Memang bodoh sangat2... Lepas tu Lina kata semua orang fitnah dia dan buat cerita tak betul... Lina mengamuk tak tentu pasal... Kenapa??? kalau cerita tu tak betul, tak perlulah nak marah2... Mimi pun pernah di fitnah orang jugak...satu kampus tersebar cerita Mimi tido dengan lelaki...dan Mimi tahu siapa orang yang sebarkan cerita tu... tapi Mimi just ignore je...sebab Mimi tahu benda tu memang tak betul, buat apa Mimi nak marah2... kalau Mimi marah, maksudnya memang betul lah Mimi camtu... Masa tu memang la Mimi malu sangat, sana sini orang pandang... Tapi biarlah, mulut manusia tak boleh nak tutup...

Nak di jadikan cerita... Dulu, masa Mimi tak tahu lagi perangai sebenar Lina ni.....Lina penah tanya Mimi, bagus ke Fizul tu?? sbb Mimi memang berkawan dgn Fizul... Jadi Mimi beritahu la sikit-sikit siapa Fizul... bukan niat nak buka pekung orang lain, tapi masa tu Lina memang kawan Mimi, jadi Mimi tak nak lah kawan Mimi tertipu... Tapi, Mimi yang kena smash balik skarang... hurrmmm~~ manusia~~ manusia~~ tapi Mimi tak kisah lah.. Mimi dah buat apa yang patut... yang lain, Mimi tak ambik tahu pun...sampai la skarang...

Kalau Lina nak marah-marah sebab Mimi remove dia dari FB, tu terpulang lah... Mimi tak kisah... dah tak kawan, buat apa nak simpan dalam friend list?? UNTUK SIBUK BACA WALL??? baik tak payah kan.... Terima kasih je lah... Mimi tak berminat pun nak ambil tahu... sebab tu lah Mimi remove je... tapi Mimi tak pernah nak fitnah atau apa... Mimi just cakap benda betul yang Mimi tahu dengan niat nak selamatkan kawan... tu je... yang lain... terserah la kat KAU... Mimi tak kisah dan tak pernah dan tak perlu pun nak ambil tahu hal korang berdua... selama ni Mimi takde pun nak sibuk hal korang, lantak korang la nak buat apapun... Entah apa-apa lah, tiba2 diorang ni nak meletup tak tentu pasal... arrgghhh~~~ lantak korang lah... korang sendiri bodoh nak emo tak tentu pasal... kalau nak sangat... Baik cakap dan jumpa depan-depan dan bincang face two face... Masa tu baru tahu siapa fitnah dan siapa tak...

Ni pengajaran lah... Baik tak payah tolong kawan kalau ada kaitan pasal nak couple... sebab akhirnya nanti, kita yang kena balik, walaupun niat kita baik...
Wallahualam...
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~