Sunday, February 27, 2011

Kesan Produk Kecantikan pada Kulit

Kerosakan kulit yg menyebabkan pereputan Epidermis
Orang perempuan, setiap hari ada menggunakan produk kecantikan...tapi kita tak pasti apa kesannya kan??  Kalau bab ni, semua wanita harus tahu... Jangan nak cantik je, tapi tak tau kesan negative...  =)
Semua perempuan sukakan solekan, dan sentiasa mencari yang terbaik... Rasa-rasanya berapa banyak dah wang yang kita habiskan untuk membeli make-up?? untuk perempuan, tak rugi kalau melabur untuk kecantikan, tapi baik ke untuk kesihatan?? 

Kegunaan Harian?? Selamat ke??
Berapa banyak makeup setiap hari?? percaya tak kalau saya kata kita menggunakan hampir 20 jenis makeup dan bahan kimia berlainan sehari?? kalau tak  percaya, cuba tambah sendiri.. (Krim siang, Krim malam, Foundation, bedak, eye liner, blusher, lipstik, Lipgloss, eyeshadow,  Cleanser, Toner dan lain2).

Produk-produk ni menjadi menarik lebih menarik dari hari ke hari dengan bantuan bahan kimia. Bahan kimia ini akan menyerap ke dalam kulit dan menjadi penyebab kepada masalah kulit dan kesan penuaan yang cepat pada kulit. Sebahagian dari bahan kimia yang terkandung dalam produk penjagaan kulit dan makeup mungkin OK untuk digunakan, sebab tak siapa tahu apa kesan penggunaan nya pada sesorang.

Tindak balas bahan kimia pada kulit
Tindak balas kimia?? Basic kimia pun kita dah tahu, 2 bahan kimia yang di campur akan mengalami kesan tindak balas. Jadi, semua produk kecantikan yang kita sapu pada kulit pun akan mengalami tindak balas kimia dan kesan nya adalah "KURANG" positive. 

Apa boleh kita lakukan?? Sebaik2nya, kita haruslah berhati2 dalam memilih produk yang di letakkan pada kulit, lebih2 lagi product baru dan kita tak kenal, jangan terlalu suka mencuba dan akhir nya kita menyesal dengan hasilnya. Penting untuk kita memahami dan mengenali jenis bahan kimia yang digunakan, adakah ia akan mengalami tindak balas negatif jika di gabungkan dengan produk yg lain. 

Kemana perginya bahan kimia?? Kalau kita menggunakan produk yang dimakan, jadi sudah pasti akan diuraikan oleh perut dan tak dibazirkan. Tapi, kalau kita menggunakan produk yang hanya disapu pada kulit?? Maka ia akan diserap terus ke dalam darah dan kita telah merosakkan kulit tanpa kita sedari. Ketika memilih produk, perhatikan baik-baik dan ambil tahu apa jenis bahan kimia yg terkandung dalam produk tersebut, pastikan bahan tersebut tidak tergolong dalam kategori "Chemical Watch List".

Pastikan bahan selamat digunakan
Kesan penggunaan produk kimia???  kita akan kelihatan cantik selepas menggunakannya dalam tempoh masa yang singkat, akan tetapi akhirnya bahan ini akan merosakan kulit kerana sifat kimia yang menghakis akan menipiskan lapisan kulit dan membuatkan kulit menjadi lebih sensitif terhadap persekitaran. So, kulit lagi lah cepat rosak kalau dah nipis dan sensitif.. 

Sebahagian dari masalah adalah disebabkan beberapa jenis bahan kimia yang digunakan adalah dalam kategori bahan kimia kawalan, termasuk "Parabens" dan "Sodium Lauryl Sulphate". Sementara industri produk kecantikan mengatakan bahawa bahan ini adalah TIDAK memudaratkan, ini mungkin TIDAK BENAR SEPENUHNYA. Jadi, berhati-hati je lah...
Pelajari untuk kebaikan.. =D
Sekarang, berhati-hati ketika mencari produk kecantikan. Sekiranya produk tersebut mengandungi bahan kimia yngg banyak, luangkan lah masa untuk mempelajari dan mengenali apakah bahan kimia tersebut. Takkan rugi kalau belajar sedikit sebab manfaat yang kita dapat adalah lebih banyak sekiranya kulit kita sihat.

Sebaik-baiknya, gunakan produk berasaskan organik dan berasaskan sumber asli alam. Kerana bahan ini adalah lebih selamat untuk kulit berbanding dengan produk kimia. Lagipun kita boleh merasakan lebih selesa menggunakan produk organik kerana ia takkan mendatangkan masalah gatal-gatal & ruam pada kulit seperti produk kimia lain.

Gunalah Produk berasaskan organik
Berhati-hatilah memilih..... (^^)v
.
.

1 comment:

sabun jerawat di hidung said...

terimakasih... SUKSES SELALU produknya sangat bagus sekali
sabun khusus jerawat batu

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~