Saturday, March 5, 2011

Air-Cond Menghasilkan Ais

Apasal air-cond keluarkan ais??? Bak kata kawan saya, ais tu boleh buat milo peng... hehehhe~~ Saya tahu sikit2 pasal air-cond (AC) ni sebab pernah belajar dulu... =)) mungkin ada beberapa sebab...

Pertama..... Mungkin sebab dah kehabisan Refrigerant, Refrigerant adalah bahan kimia penyejuk dalam air-cond (AC). Tahap Refrigerant yang rendah boleh buat coil jadi terlalu sejuk. Refrigerant tu boleh berkurangan disebabkan kebocoran. Jadi, minta la bantuan orang untuk service AC tu utk isi balik Refrigerant tu sampai penuh. 

Kedua..... Mungkin disebabkan keadaan pengaliran udara dalam bilik tersebut tak cukup untuk memastikan coil cukup warm. Jika pengudaraan tak sempurna, coil akan menjadi terlalu sejuk dan mula membekukan air yang terkondensasi sebelum ia sempat keluar melalui paip. Periksa bahagian filter, dan pastikan tiada kotoran bagi memastikan udara boleh mengalir dengan bebas.

Ketiga..... Pastikan kipas AC tak rosak ketika AC sedang terpasang. Pastikan pangaliran angin kipas cukup kuat. Ketika AC baru dibeli atau dipasang, Pekerja yg memasang akan set kan kelajuan kipas pada tahap sederhana, jadi tukarkan pada kelajuan yg tinggi supaya AC berhenti membeku.

Keempat... Sekiranya AC yg menghasilkan ais terus digunakan dan tak dilakukan servis, ini akan menyebabkan kerosakan pada Compressor yang merupakan bahagian yang paling mahal... (^_^)

Dalam cuaca lembab, AC akan menghasilkan kondensasi yang banyak dan harus disalur keluar dari AC. Jika air terkumpul didalam drip pan dibawah coil, air tersebut akan mula membeku dan menyebabkan saluran paip utk mengeluarkan air tersumbat.
Drain Pan
AC juga tidak menyejukan rumah disebabkan udara sejuk dihalang oleh ketulan ais. Kadang kala tak boleh dilihat, tetapi kita boleh mengenal pasti apabila AC duhidupkan tetapi tiada udara sejuk bergerak.

Apabila AC membeku, apa yang patut dilakukan adalah...:
1. Tutupkan AC
2. Apitkan AC window kedalam supaya air mengalir keluar dan x mengotorkan rumah apabila ais mencair.
3. Sementara menunggu ais mencair, pastikan saluran paip utk mengalirkan adalah air bersih.
4. Pergi keluar rumah, pastikan lubang paip dibawah unit outdoor bersih dan tak tersumbat.
5. Bukakan Ductwork pada unit AC supaya air lebihan dapat disedut keluar menggunakan vacuum. Sedut juga pada lubang saluran air supaya ia tak tersumbat.
Duct pada unit AC
 6. Kita boleh biarkan ais tersebut mencair dgn sendirinya atau menggunakan bantuan hair dryer atau kipas angin supaya aliran angin mempercepatkan ais mencair.
Menggunakan hair Dryer
7. Apabila ais tiada dan takungan mengering, AC boleh dibuka dan AC akan menyejuk seperti sebelumnya.

Harus pastikan pada saluran paip luar dibawah outdoor unit terdapat air yang mengalir atau menitis. Sekiranya tiada, air tersebut pasti mengalir ke tempat lain dan harus diperiksa. Sekiranya lembapan di tiup kedalam rumah sehingga ia membeku, laluan angin akan tersumbat lagi. Periksa Saluran paip buangan setiap minggu sekiranya cuaca agak panas...
Saluran paip jgn tersumbat
Kalau ada salah dlm post ni, betul2kan yerr... =D
.

18 comments:

Joseph Seph said...

hello apaka msalah jika paip high pressure jadi ais

Unknown said...

hello admin nak tnya ni acon saya Ade prob psal unit DLM jdi ais,saya sudah buat berkali² mc DLM pos INI mc juga keluar jdi ais...mcm mna penyelesaian

lala said...

thanks for your information

sofea pera said...

kadang tu pelik gak selalu services tp tak brapa sejuk...rasa mcm nk tukar econ je..tgk blog lain asik sbut inverter..tapi tak phm pulak apa fungsi.

sofea pera said...
This comment has been removed by the author.
gunung ganang said...

@sofeapera saya pon dgr rmai ckp yg inverter ni skrg tgh naik..org plih sbb jimat bill bulan2..tak kuat sgt elektrik,...

miko lau said...

tapi ada org ckp inverter ni kena guna lebih drpd 8jm baru jimat..betul ke ?? klau mmg jimat letrik tu aku nak tukar aircon lar ....

Tenna said...

@unknown Terus cari pkar aircon je, diorg mesti tau ape masalah ni
klo settle sendiri nanti lagi tmbh prob

Tenna said...

@gunung ganang @miko lau
amik non inverter dah okey la
x gune klo ade inverter tp buka sekejap2

miko lau said...
This comment has been removed by the author.
syamil imran said...

umah mmber i guna inverter jugak ..dia bagitau sekrng aircon ni dh mmg jimat dh penggunaan dia... Cth lar kita set suhu 25darjah celcius, sampai suhu tersbt kompressor kt luar tu ia akan mati sendiri...yg jalan cuma blower kt dlm je...
So, jimat tenaga letrik kt situ kot kalau tak silap ....

Zelda said...

wao , masalah Acon saya sudah selesai terima kasih banyak utk informasi tersebut

Minah Kampung said...

tgok jugak cara pnggunaan tu mcm mn..kalau mmg jnis bukak je memanjang baik amik inverter,kalau bkk kjap2 amik yg biasa pon jd la..tp bg aku xguna kalau ada aircon tp pkai kjap2,baik pkai kpas je..huhu. mcm umh aku mmg pkai inverter,jnama Dkin,sbb ank aku jnis tak than pnas.sejuk tu puas ati la. yg mcm @syamil imran tu ckp btol la.sbb tu jimat letrik,sbb ada auto set punya.

Cik Adah Long said...

utk yg mmg jnis on je ac mmg disyorkan amik yg invrter..kalau nk lg phm baik p trus kdai diorg,lg puas hati..mcm ujung bln ni mmg nk tkar ke inveter,mgkn amik Dkin jgk sbb rmai yg rekomen ni,model baru katanya..lgpun klu dah guna tknologi Jepun ni mmg okay pun.

sara amir said...

korg ckp invter ni bgus la pe la,kos nk psang la ape suma tu msti bole than jgk.

Minah Kampung said...

@sara amir klu ikutkan lbih kurang je harga nk psang tuh..lgpon mn bole smakan yg aircon biasa mmg la murah skit,yg inveter ni model elok,tknologi pon laen,sbb tu hrga tggi skit..tapi jrak tak byk pon la..gpon bkn sllu nk kna install,watpe nk ssah2 pkir..

sofea pera said...

owh,byk jgk bnefit dia.kalau rosak econ pasni bole la cuba yg invrter pnya ni.bole tgok dkin ni dah alang2..

Hurricane said...

informasi yg bagus,cara yg senang ini sudah dapat selesaikan masalah ini

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~