Thursday, March 10, 2011

Buah menyebabkan Kegemukan???

Kamu pernah dengar tak bahawa buah boleh menyebabkan masalah kegemukan???? sedangkan buah adalah makanan yang sihat, penuh serat, vitamin, mineral, rendah lemak dan kalori. So, jom tengok perkara sebenar tentang buah dan mitos bahawa buah membuatkan kita gemuk... (^_^)v
Tubuh kita hanya dapat menyerap momosakarida (glukosa, galaktosa atau frustosa). Selepas diserap melalui usus kecil kedalam vena portal, dan kemudian mengalir ke dalam darah melaui hati sebagai glukosa darah. Glukosa didalam darah bekerja melalui 3 cara:

1. Glukosa boleh dibakar serta merta menjadi tenaga sekiranya kadar glukosa dalam darah adalah stabil, iaitu 20gram (20g) glukosa dalam darah sejam.

2. Sekiranya glukosa tak diperlukan untuk tenaga serta merta, maka ia akan diubah menjadi glikogen dihati atau diotot. Hati mempunyai keupayaan utk menyimpan 100g glikogen. Manakala, otot mampu menyimpan antara 250g - 400g glikogen, bergantung pada jisim otot dan keadaan fizikal. Glikogen hati membekalkan tenaga bagi seluruh tubuh dan glikogen otot hanya membekalkan tenaga untuk otot sahaja.

3. Sekiranya tubuh memiliki tahap glukosa yang berlebihan dan semua tempat penyimpanan glikogen telah penuh, surplus glukosa akan diubah menjadi lemak oleh hati dan disimpan sebagai lemak (bodyfat) ke suluruh badan. Jika diperlukan, asid lemak boleh dibakar menjadi tenaga tetapi lemak tak boleh diubah menjadi glukosa semula.

Sekarang dah tahu macam mana tubuh menggunakan glukosa kan??? Jika tujuan kita adalah untuk mengurangkan lemak dalam tubuh, kita disarankan untuk mengambil karbohidrat yang lebih kompleks. Karbohidrat kompleks akan mengisi glikogen otot, makala buah-buahan hanya akan mengisi glikogen hati yang menyebabkan pertambahan lemak.
**Contoh karbohidrat kompleks : Kanji (nasi, roti, ubi dan lain2)

Mungkin ada yg tertanya-tanya, knapa pulak buah yang dikenali sebagai makanan yg menyihatkan boleh menjadi pilihan yg buruk??? apabila fruktosa (gula buah) memasuki hati dan glikogen hati telah penuh, maka ia tak boleh digunakan oleh otot utk pengeluaran tenaga. Jadi, ia akan bertukar menjadi lemak dan dilepaskan semula ke dalam aliran darah yg akan disimpan sebagai lemak tubuh.
**gula buah mudah ditukar menjadi lemak

Kalau ada silap dalam post ni, betul2kan yerr... Sharing is loving... =D
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~