Saturday, March 5, 2011

Jauhi Berkahwin Dengan Wanita-wanita Ini

"Jangan engkau kahwini yang Enam (6)...Jangan yg Ananah, yang Mananah dan yg hananah, dan jangan engkau kahwini yg Haqadah, yg Baraqah dan yg Syadaqah."

Wanita Ananah.... Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah..... Suka membangkit-bangkitkan terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan "Aku melakukan itu ini kerana kamu"

Wanita Hananah..... Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yg lain, yang telah dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yg lain.

Wanita Hadaqah..... Melemparkan pandangan dan matanya pada sesuatu serta terus menyatakan keinginannya untuk memiliki barang tersebut dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah..... Ada dua maksud. Pertama, sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya. Kedua, dia marah ketika makan dan x mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah..... Banyak cakap tidak menentu dan bising.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazali
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~