Wednesday, March 23, 2011

Kenal Pasti Botol Susu Polycarbonate (PC)

Botol PolyCarbonate (PC), mesti dah tahu kan??? dalam berita dan radio semua dah warning pasal botol ni.... Menteri Kesihatan DS Liow Tiong Lai dah umumkan pengharaman botol susu bayi polycarbonate (PC) ni sebab ada bahan kimia 'Bisphenol A' (BPA) yang boleh mengganggu fungsi hormon dan saraf start pd 1 Mac 2012... Before tu, nk bagi clear dulu apa kesan penggunaan botol PC ni kat kanak2...

Kesan penggunaan botol PC pada kanak2...
* Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak perempuan.
* Masalah kegemukan atau obesiti.
* Kecacatan pada bayi baru lahir.
* Menambahkan risiko kematian bayi.
* Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya.
* Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung.
* Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif.
Sayangi anak anda... =)
Dh tahu botol susu ni tak baik untuk kesihatan budak2, jadi baik jangan gunakan lagi...Sekarang banyak botol susu bebas BPA kt pasaran... tak salah kalau berbelanja lebih sikit kalau utk kesihatan dan masa depan anak2 kan???
Ni cara nak mengenal pasti macam mana rupa botol susu PC tu... tengok kat bawah botol tu, kalau ada tulis PC, jangan la pakai lagi & kalau ada kat rumah skarang ni, baik tukarkan je botol tu... (^_^)

Kalau masih ada ibu bapa yg mahu menggunakan botol susu PC ni, Ni adalah panduan cara menggunakan botol ini dgn selamat SEDIKIT..

1. Steril botol susu bayi PC ni mengikut arahan pada label atau yang diberikan oleh pengeluar kalau ada. kalau xda, rendam botol susu bayi PC ni dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2. Jangan gunakan air panas secara terus ke dalam botol susu bayi PC untuk membancuh susu.

3. Guna peralatan mencuci botol susu yang betul mcm span dan berus yang lembut utk mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4. Selalu periksa permukaan dalam botol susu & kalau ada kesan calar atau rosak, jangan gunakan lagi. Kalau botol tu tak rosak pun, botol tu tak boleh pakai lagi kalau dah 6 bulan, Jadi, tukar je yang baru... =)

Ni adalah kod2 Pada plastik yg semua org mesti tau dan pastikan:

1. PETE - PolyEthylene Terephthalate
* Untuk sekali pakai & tak tahan panas.
* Kesan terkena panas --> mencairkan polimer --> melepaskan zat karsinogenik --> menjadi penggalak cancer
* Ciri2 botol - Plastik jernih atau transparan, untuk botol jus & air mineral

2. HDPE - High Density PolyEthylene
* Untuk sekali pakai
* Lebih tahan terhadap panas dibandingkan dengan PET, tetapi tetap melepaskan zat karsinogenik
* Ciri2 botol - Kuat, keras, tahan suhu tinggi. Contoh : botol susu, bekas air minum, tupperware

3. V - PolyVinyl Chloride
* Untuk sekali pakai & tak tahan panas
* Mengandung DEHA --> akan terurai pada 150°C --> Bertindak balas dengan makanan --> Berbahaya bagi ginjal dan hati
* Digunakan sebagai plastik pembungkus (cling wrap)

4. LDPE - Low Density PolyEthylene
* Boleh dipakai berulang & tahan panas
* Sukar berinteraksi dengan makanan
* Ciri2 plastik - Kuat, tembus cahaya, fleksibel, permukaan agak berlemak. Contoh: banyak dipakai sebagai tempat makanan dan botol-botol yang lembut

5. PP - PolyPropylene
* Boleh dipakai berulang & tahan panas
* Ciri2 plastik - Botol transparent tapi tak jernih (berkabut), kuat, ringan, stabil suhu tinggi. Contoh: banyak dipakai untuk botol susu bayi

6. PS - PolyStyrene (untk tapau mkn kat kedai2)
* Nama populer - styrofoam
* Sekali pakai & x tahan panas.
* Mengganggu hormon estrogen dan bagi perkembangan saraf

7. Lain Jenis Plastik - styrene acrylonitrile (SAN), acrylonitrile butadiene styrene (ABS), polycarbonate (PC)
* SAN - Tahan suhu tinggi, tahan pada banyak reaksi kimia & kuat. Contoh: mangkuk mixer, pinggan, alatan makan, pembungku termos, berus gigi.
*) ABS - Tahan suhu tinggi, tahan pada banyak reaksi kimia, kuat. Contoh: paip.
*) PC apabila dipanaskan akan melepaskan Bisphenol-A yg boleh merosak sistem hormon, penurunan produksi sperma, mengubah fungsi imunitasi. Banyak digunakan pada botol susu bayi, bekas makanan dan minuman...

Untuk keselamatan anak2... baik jangan digunakan botol PC walaupun ada cara yg selamat menggunakannya...
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~