Wednesday, March 9, 2011

Kopi Mengecilkan Payudara

KOPI...??? Suke sangat minum kopi kan??? haaaa~~~ nak tauh kesan kat organg pompuan??? ish3~~~ macam tak best je... nasib saya tak berapa suka minum kopi... hihihi~~~ (^_^)

LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya. Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka. Hampir 300 wanita yanga mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur. 

Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka. Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yg diminum. Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.
“Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada,” kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan. Wanita yang minum kopi x perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Kerana ia hanya akan menjadi lebih kecil tetapi tak terus menghilang. Namun, ada yang berpendapat mereka boleh meneka golongan wanita peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam, mereka akan silap. Ini kerana, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit, jadi tak semudah itu untuk kita meneka.

Wanita yang minum lebih 3 cawan kopi sehari mempunyai purata 17% saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang 3 cawan sehari. Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar mempunyai risiko yg paling tinggi. Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yg banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. 

 .
.

2 comments:

farcuemai said...

ouccch saya suka minum kopi teh nescafe cehhhh besar je..hahahahah

Kak Yatt said...

yeke??? kalau camtu x risau laaa... mitos je kottt... utk boikot kopi... heheheh~~~ =))

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~