Sunday, March 13, 2011

Oreo-Blueberry Cheese Cake

Hari ini, saya buatkan kek... Nak tahu cara2 buat Oreo-Blueberry CheeseCake??? Resipi ni saya reka sendiri, nasib baik lah jadi, hehehe~~~ tengok2 dari macam2 web cara nak buat, pastu campur2kan cara diorang... =D Cara nak buat senang je, asalkan tak silap saiz acuan mcm yang saya buat... =))

Bahan-bahannya adalah,

Crust (bottom layer):
- 5 paket biskut oreo bersama inti (blend atau hancur sampai lumat)
- 100g butter

Cheese (upper layer):
- 1kg cream cheese
- 100g gula pasir
- 100g butter
- 100g tepung gandum
- 1 paket biskut oreo dibuang inti (hanya patah-patahkan menjadi cebisan kecil)
- 4 biji telur
- Lemon
- 1/2 tin susu manis (tin kecil)

Blueberry topping:
- Blueberry jem
- Jelly

Cara-cara membuat Crust:
Cairkan 100g butter dengan api perlahan, jangan sampai hangus tau.
Blend sampai lumat 5 paket biskut oreo. Pastu, campurkan butter cair dan biskut oreo, adun sampai sebati dan padat kat dalam acuan macam dalam gambar di bawah ni. Kemudian, simpan kat dalam peti sejuk sementara nak sediakan adunan untuk buat cheese layer.

Cara-cara membuat cheese layer:
Gunakan mesin pemukul, pukulkan Cream cheese dengan gula sampai kembang.
Pastu masukkan telur, butter, sesudu air lemon, secubit kulit lemon, susu manis dan tepung.
Kalau semua dah sebati, stopkan mesin dan masukkan biskut oreo yang telah dipecah kecil, gaul dengan sudu.
Kemudian, tuangkan ke atas lapisan oreo yang dah disiapkan tadi. Gunakan acuan saiz 9x9 inci, bakar selama 1jam 30minit, suhu 150'c.

**Jangan salah saiz acuan tau, kalau kecik sangat, nanti kek jadi mcm gunung berapi & pecah-pecah, sebab terlalu tinggi dan lambat masak. Macam yang saya buat dalam gambar kat bawah ni. Confident je saya tuang dalam acuan saiz 6x6... hehehhe~~~  (^___^)

Cara-cara buat BlueBerry Topping:
Masakkan sedikit jelly dan campurkan dengan jem Blueberry, tunggu sehingga sejuk, kemudian tuangkan kat atas kek yang dah siap masak... =))

Ni la hasilnya... Sedap tauuu~~~ =)) jum la try buat... (^_^)v

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~