Saturday, March 26, 2011

Expo Selangkah ke UiTM 2011

Expo Selangkah Ke Uitm 2011

Hari ini...ada Expo Selangkah Ke UiTM 2011....berlangsung pada 26-27 March 2011.... Mari la ramai2 datang sini... saya dari pagi tadi lepak kat UiTM... lepak kat booth HEP... hehehhe~~~
Booth Hal Ehwal Pelajar (HEP)

Expo ni adalah utk pelajar lepasan SPM mencari maklumat tentang apa jurusan yang diorang nak ambil kalau nak sambung belajar nnti... kalau nak daftar terus dari sini pun boleh jugak. Sebab bahagian pentadbiran UiTM dah sediakan tempat untuk pelajar2 mendaftar masuk ke UiTM ni...

Kaunter Pendaftaran Online ke UiTM

Sebagai bekas pelajar Chemical Engineering, mestilah saya promote student masuk Fakulti Kejuruteraan Kimia (EH110)... Subjek dlm kejuruteraan kimia merangkumi byk subjek kejuruteraan dari fakulti lain seperti kejuruteraan awam, elektrikal & mekanikal. Kalau asas sains & math tu kuat, masuk lah engineering yerr... =) Ramai orang datang tadi, ada yang dengan kawan2, ada yang dengan parent... Meriah la.. macam tengok jom heboh plak... hihihi...
Suasana Ketika Expo

Jumpa balik lecturer2 lama, seronok pulak. Yela, sebab pernah menjadi student mereka... Tanpa mereka ni, saya tak kan jadi macam sekarang... Sayang sangat dengan mereka ni... Junior2 saya pun baik2, respect kat senior... Lama dah tak jumpa & lepak2... Saya habiskan 1 hari kat sini untuk luangkan masa dengan member2... Love U all... Mwwuuuaaahhh~~~
With my Lecturer, Miss Lydia, kat Booth Chemical Eng.

My Sporting Junior.. =))
Miss Lydia tgh buat explanation kat parent... =)
 .
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~