Monday, March 21, 2011

Terkenang... Ada Hikmah di Sebalik Kejadian

Firstly, saya tulis entry ni sebab nak orang tahu hal sebenar dan stop fitnah kawan2 sekeliling saya... saya rasa bersalah sangat dengan diorang tau tak??

Hari ni dah 21hb Mac 2011... Pejam celik, pejam celik, tak berasa pulak hari dah nak dekat rupanya... 27 Mac 2011 nanti..satu majlis sepatutnya berlangsung... Tapi apa nak buat, disebalik suatu kejadian, ada hikmah dan kebaikan nya... Nak tau apa ada pada 27 Mac 2011??? Sepatutnya tarikh tu adalah tarikh perkahwinan saya... Persiapan dah byk di buat, tapi semuanya cancel... Kami terputus ditengah jalan... kami bertunang 7 bulan je... dah bukan jodoh, apa boleh buat..Kalau tak, tentu dah tamat zaman bujang saya kan??? hehehhe~~~ Tapi saya langsung tak kesal, gembira lagi la ada... Sebab, saya rasa ni adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat sepanjang hidup ni, selain dari keputusan yang saya buat masa tak nak sambung belajar lagi... (^___^) Saya lebih gembira dan bahagia dengan hidup saya sekarang...


Tapi, satu perkara je yang membuatkan saya rasa kesal... Perpisahan kami menjejaskan orang lain disekeliling saya time tu... Saya dah rosakkan nama diorang... Ada yang dituduh sebagai "perampas tunang orang", ada yang dituduh "penghasut", ada yang dituduh "bomohkan" saya, ada yang terima cemuhan serta surat layang, dan mcm2 lagi.... rasa bersalah sangat dengan diorang, tapi apa boleh buat, mulut manusia payah nak tutup, tapi lama2 akan diam jugak... InsyaAllah....
Sabar dan Senyum itu mmg susah
insyaAllah boleh sekiranya mencuba
dan memohon kekuatan drpd Allah
Tak tau la dari mana datang nya cerita2 karut ni... Mungkin sebab saya banyak kawan, jadi org pun salah faham dan mula buat fitnah... Masalah nya, saya putus bukan disebabkan orang lain, itu adalah kehendak saya sendiri... Saya dah rasa takde persefahaman lagi, asyik berselisih faham, masing2 dah bawa haluan sendiri dan kami ada masalah kami sendiri... Jadi, jalan yang terbaik, berpisah je lah, walaupun berat untuk orang lain terima... Tu adalah keputusan saya sendiri. Apa yang saya buat, ada sebab tersendiri, dan sebab tu hanya KAMI berdua dan org tertentu je yang tau... Selebihnya, terpulanglah dengan orang nak kata apa...

Saya nak mintak maaf kat kawan2 yang dah terkena tempias masa tu... Memang kecoh sangat2 n macam2 cerita tersebar. Terima kasih sebab banyak bersabar untuk saya...dan Thanks jugak sebab ada masa saya susah & senang... =))
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~