Wednesday, March 30, 2011

Wanita Angkat Berat Sexy & Sihat

Siapa kata wanita yang bermuscle tak cantik?? Sebenarnya perempuan jenis ni nampak lebih sexy, sihat, cergas dan potongan badan mereka pun lebih cantik... =)) Saya dah setahun tinggalkan aktiviti ni, sebab dah takde tempat yang sesuai dan masa kerja yang tak menentu. Tapi, sekarang dah jumpa tempat baru, jadi dah boleh start balik...(^___^)



Wanita perlukan suntikan Hormon
Testosteron utk otot mcm ni... =)
Gym...Pelik ke kalau perempuan pergi?? Tak kan?? Tapi jarang tengok perempuan pergi gym, kalau ada tu, memang terbaik laa... =)) Biasanya kalau pompuan pergi gym untuk melakukan latihan kardiovaskular, contoh macam larian trademill, berbasikal & stepper.

Tapi, kalau di ajak untuk angkat berat, biasanya diorang mesti tak nak, dengan alasan takut badan berketul2 mcm lelaki... JANGAN risau dengan badan berketul, walaupun perempuan tu boleh angkat berat macam yang lelaki boleh buat, tak semudah tu otot pompuan nak berketul, sebab pompuan tak ada Hormon Testosteron yang cukup untuk membina otot macam lelaki.. Perempuan perlukan suntikan hormon untuk menghasilkan otot yang besar. Jadi, tak perlu lah risau atau jadikan alasan ini untuk tidak melakukan aktiviti angkat berat... =)


Kenapa perempuan yang buat angkat berat mempunyai potongan badan lebih CANTIK?? Sebab...aktiviti angkat berat boleh membantu membina "lean muscle" yang boleh memperbaiki potongan badan pompuan. Apabila ada "lean muscle", kadar pembakaran lemak dalam badan akan meningkat, walaupun time tu kita sedang rehat2 tengok Tv..

Potongan Badan Lebih Menarik & Sexy

Angkat berat baik utk KESIHATAN Wanita?? Angkat berat jugak boleh membantu menguatkan tulang pompuan untuk mengelakkan Osteoporosis. Latihan angkat berat yang teratur dan sesuai serta pengambilan kalsium yang cukup akan meningkatkan kekuatan dan ketumpatan tulang...

Menjaga Kesihatan Tulang
Jadi, kesimpulannya... Aktiviti angkat berat adalah baik untuk perempuan dan jangan la takut nak buat sebab tak nak badan berketul... (^_^)
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~