Sunday, April 10, 2011

Baik Tak Payah Bertudung

Gambar Hiasan Semata-mata
Wahhh~~~ Isu ni panas sikit... Sekarang ni banyak lah tengok perempuan pakai tudung, tapi perangai tak serupa bikin... Kat dalam internet pun melambak cerita pasal perempuan bertudung tapi buat maksiat sana dan sini. Golongan macam ni la yang memalukan golongan yang betul2 bertudung... Mereka ni nak bertudung betul ataupun sekadar fesyen diorang je bertudung???

Saya sendiri bukanlah baik sangat, ada jugak buat silap.. Tapi kalau saya sedar saya tak baik, saya takkan pakai tudung sebab tak nak bagi malu kat golongan bertudung betul... Kalau orang sarawak cakap, golongan ni "palak betudong, dalam ngerobong"... Yang semenanjung, kalau tak faham, tanya la dengan kawan2 sarawak ye..

Bukannya nak kutuk, tapi memang betul lah, buat apa nak bertudung kalau peribadi tak senonoh. Lagi baik tak payah pakai kalau belum bersedia betul2. Kalau nak pakai, biar la perangai pun elok.. Ini tidak, ada yang segelintir kepala bertutup, tapi boleh pulak buat maksiat, masuk tangan sana, masuk tangan sini... Kepada golongan yang betul2 baik, kesian kat diorang sebab kena tempias penghinaan.
Sekadar gambar hiasan

Saya sendiri pernah merasa, sebab tu lah dulu saya malas nak pakai tudung, orang boleh pulak cakap "kalau nak bertudung setakat fesyen, baik tak payah" sebab tu saya bukak.. bila dah rasa agak Slow Down perangai dan terfikir nak jadi baik, baru la saya pakai tudung semula... Biar la orang nak kata saya ON OFF pakai ke, ape ke...Just apa yang saya fikir, saya tak nak bagi malu kat golongan yang bertudung betul2...

Banyak sangat dah saya jumpa yang bertudung, tapi kaki buat maksiat. apa la makna nya kalau camtu... memang la kita ni kubur lain2, tapi perangai pun agak2 la dengan rupa kita... Pernah ada seorang hamba Allah bagitahu saya, LEBIH BAIK PAKAI SEXY DARIPADA KEPALA BERTUDUNG TAPI BUAT MAKSIAT, benda tu lebih hina...dan saya ingat sampai sekarang...

Kalau ada sesiapa yang marah bila baca entry ni, saya mintak maaf la... saya cuma nak kongsi apa yang saya fikir dan kebanyakkan orang fikir... Biar kita tahu apa pandangan orang lain kat kita.... Kita pun tak nak orang yang betul2 baik terkena tempias hinaan disebabkan segelintir orang...

Kalau nak komen ataupun maki post sy ni pun, saya tak kisah... Ini hanyalah pendapat, lain orang ada lain pandangan... kan??? (-____-)
.
.

2 comments:

untamesir said...

menutup aurat adalah salah satu kewajipan yg diperintahkan Allah... sama seperti solat.... dan bertudung itu adalah salah satu cara untuk menutup aurat dibahagian kepala hingga ke dada... supaya tidak kelihatan ape yg tdk patut ditayangkan...

jgn kite sesekali menyuruh die menanggalkan tudung diatas perkara maksiat yg dilakukan... bertudng tidak bermakna dia mempunyai iman yg mantop atw alim... itu adalah perintah Alla yg dipatuhi.. tetapi mengenai maksiat lain yg dibuat tu adalah perintah Allah yg dia langgar... dapat la die mengurangkan dosa dengan bertudung dari tdk memakai tudng...

hanya skg die perlu meninggalkan dosa yg dilakukan tersebut... bukan kita menyuruh die wat dose lagi dgn menyuruh die membuka tudung... bukan die saje dapat dose, tetapi org yg suruh pun dapat dose jgak sbb menyuruh die melanggar perintah Allah...

dan ingat!!! tudung bukan tande org tu baik... tapi tudung tu tande die Islam... tdk bertudung serupa la dgn org kapir yg bukan Islam... tak de bezenye..

jadi mari kite same2 perbaiki diri dan junga cube tuk memperbaiki masyarakat disekeliling kita... sbb tegur menegur ni bukan hanya keje ustaz dan ustazah tapi tanggungjawab sebagai seorg islam..

Nurhayati Morshidi said...

Terima kasih dengan pandangan awak... Saya terima dgn positiv... =)
memang betul apa yang awak cakap, sekurang2nya satu dosa dia dapat cover bila pakai tudung walaupun maksiat sana sini..
Cuma kesian je dengan orang yang bertudung betul2 pun kena hina sebab org jenis mcm tu...
saya ni pun baru bertudung lepas kawin... dulu pun saya tak nak pakai tudung sebab kenal diri ni macam mana...
Terima kasih untuk respon... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~