Saturday, April 23, 2011

Beg yang Selesa Untuk Bawa Haiwan Berjalan


Bawa haiwan jalan2?? (^___^) hehehhe~~~ saya suka bawa tikus (Sahul) saya kalau saya keluar jalan2... suka2 je nak bawa, kesian dia duduk dalam kandang je.. Kalau dulu, saya slalu bawa Sahul jalan2 guna beg "Sugar Glider" je, tapi kesian pulak tgk dia dalam beg tu, sempit dan tak selesa.

Yang kat atas tu la beg "Sugar glider"... Sempit la... kesian tgk sahul, bergulung2 je badan dia dalam beg tu... Haiwan pun tahu rasa selesa jugak, jadi apa salahnya kita sediakan tempat yang besar dan selesa sikit untuk bawa diorang jalan2... =D
Jadi, sebab tu lah saya jahitkan beg baru untuk sahul... Comel tau.. Rasanya kalau saya jual, ada org nak beli tak??? hehehe~~~

Ini bahan2 untuk buatkan beg sahul. Mula2 tu kena dah sediakan bekas plastik dulu, jadi barulah kita tahu saiz beg yang kita perlu jahit... Saya buatkan beg 2 lapis, kat dalam tu saya guna kain sweater lama yang saya dah tak pakai lagi. kalau dua lapis, baru lah nampak cantik beg tu dan tebal.. =D


Kalau nak jahitkan beg, kena sukat betul2 ikut saiz bekas, kalau tak, nanti bekas tu tak dapat nak masuk dalam beg... Hujung beg pun kena sesuai dan buatlah mulut beg yang senang di buka dan tutup. Beg yang saya buat ni, hujung dia ikat pakai tali je, senang sikit nak buka.
Saya gunakan bekas untuk letak "Cornflakes", memang saya beli khas untuk sahul, sebab bekas tu ada mulut yang boleh di buka kat hujung, jadi udara boleh la masuk dan tak melemaskan haiwan kat dalam tu... (^____^)

  
Macam ni la rupa dalam bekas tu, luas dan tak berhimpit.. Dalam bekas boleh letak cebisan kayu dan Sahul boleh tidur dengan selesa.. =D



Ini lah beg yang dah siap... Saya suruh anak saudara saya pakaikan untuk contoh.. tali tu boleh dilaraskan... saya buat tali sangkut stail Riben, jadi kalau nak panjangkan atau nak pendekkan tali tu pun boleh, cuma buka je ikatan riben kat bahagian bahu tu...
Macam handbag kan??? comel dan boleh bawa ke mana2 je... Saya suka bawa sahul pergi ke ofis..sbb dia comel dan suka tido dalam air-cond... (^___^)
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~