Tuesday, April 12, 2011

Bunuh Ikan Guna Ridsect

Dodo, nama ikan Arowana saya... Kesian Dodo, tak lama hidup dia. Saya sempat jaga Dodo 5 bulan je... Masa baru beli, panjang Dodo baru 3 inci, masa dia mati panjang dia dah 6 inci... Sedih sangat... (-____-)
Saya pelihara Dodo kat dalam bilik je... Tengok Dodo berenang dan dengar bunyi air jatuh dalam akuarium boleh jadi penenang hati time tensyen dan penat balik kerja.. Ni ada gambar masa Dodo masih hidup.



Macam mana Dodo mati???
Malam tu, saya terlupa nak tutup tingkap bilik, tiba2 ada cengkerik hijau masuk dari tingkap.. Cengkerik tu besar sangat dan benda paling dekat ada kat saya masa tu cuma ridsect je. Saya terlupa yang akuarium Dodo tu penutup berlubang, saya sembur je ridsect tu dgn slumber dan kejar mana je cengkerik tu terbang sampai la cengkerik tu mati. Saya langsung tak ingat pasal Dodo... Mesti masa tu Dodo dah mabuk tercium bau ridsect tebal, dan esok hari tu saya tengok Dodo dah mati dan timbul kat permukaan air...  Kesian Dodo... Kerana kecuaian saya, Dodo mati... Ikan2 kecil dalam tu pun semua mati... hurrrmmm~~~ Tu la, lain kali agak2 la kalau nak sembur racun dalam bilik...Ingat la haiwan tersayang... =(
Ni saya ambik gambar Dodo yang dah mati, saya balut Dodo guna kertas balut hadiah, lepas tu letak dalam peti sejuk... hehhehe~~~ Nanti la saya kuburkan, nak simpan dulu puas2... (^___^)


Jangan tiru macam saya tau, kesian kat haiwan...mati kena racun.... Ish3~~~
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~