Sunday, April 10, 2011

Kuda Ferrari Sangat Sexy

Petang tadi on the way nak pergi ke rumah makcik, terjumpa la pulak dengan kereta ferrari F430 Spider atas jalan (QSS949)... Ni la first time saya tengok ferrari life... (^___^) macam jakun pulak dah... hehehhe~~~ Tapi memang salute lah sangat, sebab yang drive ferrari tu adalah orang melayu... Kawan saya kata, harga ferrari ni dalam RM930k... Huuuiiisshhh~~~ (-_____-)


Saya dapat ambik sikit je dari belakang, sebab tak dapat nak kejar... kami dah nampak kereta tu dari jauh, lepas tu saya bagitau adik saya yang tengah drive, suruh bawa laju sikit dan kejar ferrari tu, nasib baik sampai kat simpang bulatan, kereta tu dah slow, jadi dapat la nak ambik gambar... (^___^)


Memang sexy la kereta ni... kalau tuan dia tahu saya ambik gambar ni, mesti kembang hidung dia... (^___^)
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~