Thursday, April 14, 2011

Petua Nuffnang

Nuffnang??? Blogger senior semua dah pro pasal ni... Untuk yang baru mula, ni ada petua dari Kak Kiki, dia bagitahu kat saya hari tu, sebab saya tanya dia pasal pendapatan nuffnang... (^____^)


Ini la yang Kak Kiki bagitahu...
(^___^)
"Saya dah tengok blog awak, rasanya takde masalah pun. Memang keluar iklannya. Kiranya setting awak betul dah tu. Hehe... Tapi mungkin satu je saya nak komen, mungkin blog awak tu banyak sangat benda la. Jadi orang tak perasan sangat pun dengan Nuffnang tu, maksud saya kalau benda tu jelas, orang lagi rasa nak klik kalau dia nak klik la..."

"Kalau awak tengok blog saya, saya letak Nuffnang jelas di tepi sidebar & tak pasang banyak widget. Macam awak, ada zirafah, bunga nuffnang, counter anda pelawat tu. Benda-benda tu semua sebenarnya tak penting sangat, buat lambat loading blog je dan buat orang tak perasan Nuffnang awak"

"Lagi satu, untuk Nuffnang large rectangle awak tu, macam sekarang kedudukan dia di bawahhhh sekali. Patutnya awak letak di atas entry."

"Tapi suka la nak diingatkan, waktu saya dulu, lama baru dapat earning. Slowly tapi pasti akan dapat kalau kita improve..."
----------------------------------

(^__^) Itu saja lah yang kak Kiki bagitau kat saya... Sekarang ni, saya dh buang widget yang tak berfaedah dalam blog saya dan letak Nuffnang kat atas sekali blog... Kalau nak tengok blog kakak ni, klik http://destroyhellokitty.blogspot.com atau http://www.chokilala.com/... Harap2, benda ni dapat membantu blogger yang baru nak mula... =D
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~