Tuesday, April 19, 2011

Sahul Tikus yang Comel

Sahul dan Sahul Kecik tikus tu nama tikus (Mickey Mouse)... diorang ni comel sangat... Saya slalu bawa mana2 je saya pergi, nak ke ofis, ke pasar...semua diorang ikut... (^___^)
Ni la Sahul dan Sahul Kecik... Sahul warna Hitam dan Sahul Kecik yang warna Coklat... Sahul liar sikit dan tak suka sangat dipegang, mungkin sebab sekarang ni Sahul sedang mengandung, jadi dia tak suka di kacau... kalau saya sentuh, mesti dia marah.. (-_____-)

Tengok perut Sahul ni... Dah agak bulat dah.. saya tak tau dia ni dah brapa lama pregnant. Sedar2 je dah buncit. Tikus pregnant 2 bulan je, jadi tak lama lagi, ada baby la tu.. (^___^) Comelll~~~~

Sekarang ni, saya selalu bawa Sahul Kecik je jalan2 dan pergi ofis. Sebab tak nak ganggu Sahul yang tengah pregnant... Sahul emosi... heheheh~~~ =P
Comel kan Sahul Kecik jalan2 kat atas keyboard?? Sahul Kecik tolong saya buat kerja tau... heheheh~~
Sahul kecik tengah nak carik huruf apa yang dia nak tekan... Dah macam Little Steward pulak... comel... (^___^)

Kalau kat ofis, Sahul kecik suka tido.. Tikus kan suka tido siang?? jadi saya buatkan bakul comel untuk Sahul Kecik ni tido...
Mula2 saya letak, Sahul tak suka sangat, asyik nak keluar je.. Tapi saya biarkan dulu, saya masukkan anak patung kecil kat dalam bakul untuk teman kan Sahul Kecik tido... Dah lama2 tu, dia suka la jugak, tido nyenyak tauu~~~ =D

Cuba tengok betul2 kat dalam kertas tu, Sahul Kecik sedang nyenyak tido... Comel sangat2... Macam baby... Ni la teman2 saya time saya sunyi...Jinak dan manja diorang buat saya happy... (^___^)
Semoga selamat melahirkan baby baru buat Sahul... =D
.
.

4 comments:

Anonymous said...

baka tikus akak ni jenis gerbil ke? susahnya nak dpt pets mcm ni..sy suka tikus ni

Nurhayati Morshidi said...

Dik, tikus ni beli kat pasar malam je... nama spesis ni Mickey Mouse... Memang comel dan jinak sangat2... Mcm Stuart Little.... (^_^)

Anonymous said...

pasar malam mana ye?

Nurhayati Morshidi said...

Salam... kalau d kuching, kat pasar malam satok ada banyak...
Kat semenanjung pun ada pasar malam kan??? Xde jual tikus2 ke d situ???

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~