Wednesday, April 6, 2011

Semangat Penyokong BN (Barisan Nasional)

Tengok video ni dulu... =D


6 April 2011...Tepat jam 11 pagi, diumumkan secara rasminya keputusan penamaan calon bagi semua kawasan diseluruh Sarawak.... Saya sendiri tinggal kat kawasan N.7...tapi saya aktif kat kawasan N.4 Pantai Damai, sebab uncle saya wakil BN kawasan tu... =D

Saya ikut hari ni, sebab nak tengok gelagat orang time penamaan calon disamping nak bagi sokongan... Suka tengok semangat diorang ni berkobar2 nak bagi sokongan kat wakil rakyat diorang... Klik>>> Y.B Dr. Abdul Rahman B. Junaidi..

Y.B Dr. Abdul Rahman Bin Junaidi

Sementara menunggu pengunguman rasmi penamaan calon, macam2 kerenah yang saya tengok kat sekitar kawasan tu... Walaupun cuaca panas terik, takde dibekalkan air & makanan, tapi diorang ni tetap setia menunggu berjam2 semata2 nak bagi sokongan kat wakil rakyat...

Gelagat kaum wanita... =))
Gelagat kaum lelaki... =))
Kami sekeluarga semua datang untuk bagi sokongan, kami pun tunggu berjam2 macam orang lain jugak, berpanas & berjemur... saya sanggup keluar ofis sekejab semata2 nak ikut hari ni... tengah hari baru saya balik ke ofis... Saya sorang je pakai baju merah, sebab saya takde t-shirt BN, pakai je lah baju kerja... (^___^)

Me & geng BN... =))
My Dad bagi semangat kat adik dia... =))
Mak, bapak & abang yg datang hari ni...
Selepas je jam 11 pagi, semua dah tak sabar nak sambut Y.B keluar dari dewan... Kami berarak beramai2 di sepanjang jalan... saya pun dah macam wartawan pulak, ambik gambar sana sini... =))

YB bersalaman dengan penyokong... =D

Perarakan bersama YB selepas tamat penamaan calon... =)
Yang lucunya... penyokong PKR langsung tak nampak... yang ada pun tak sampai 10 orang... nampak time kat depan stage je, lepas tu hilang... Cuma nampak kereta je parking kat luar... Ni la yang menunjukkan betapa kuatnya pimpinan BN kat kawan ni..

Hanya kereta PKR je nmpak... =D

Sebilangan penyokong PKR yg hadir...

Lepas ni, mesti diorang sibuk berkempen sehinggalah hari mengundi 16 april 2011 nanti... =)) Wish U All The Best BN....
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~