Saturday, April 2, 2011

Telur Goreng Sayuran

Telur... Hari ni saya rajin memasak, tapi malas nak makan nasi. Jadi saya buatkan telur sayur ni untuk makan malam, supaya saya kenyang walaupun tak mkn nasi 1 hari... =))

Bahan2nya ambil je dari peti sejuk... =)
- 10 helai sayur sawi dipotong kecil2
- 3 biji telur ayam besar
- 2 ekor sardin kacang hitam (apa2 sardin pun boleh), dihancurkan
- 3 ketul nugget ayam, dipotong nipis
- 1 batang sosej dipotong nipis
- 1 biji bawang besar dicincang halus
- sedikit lada sulah, garam dan ajinomoto

Bahan yang kita dh disediakan tadi, gaulkan sekali kat dalam mangkuk besar... =))

Lepas tu, tuangkan semua kat dalam "double sided pressure pan"... guna kuali biasa pun boleh.. tapi kalau guna kuali ni lagi senang, tak payah nk balik2kan telur tu, juat balikkan kuali je... Rasanya kalau guna kuali biasa, telur ni pecah2 kot... =)

Kalau sebelah dah masak, balikkan kuali ke sebelah pulak... Tengok.. dah siap.. cantik kan??? sedap pulak tu... Lepas ni tak payah nak makan nasi lagi... (^___^)
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~