Sunday, April 24, 2011

Tips Menjaga Tikus

Sahul baru je melahirkan anak, tetapi semuanya mati. Jadi saya search kat dalam internet dan tanya kawan-kawan macam mana nak jaga mereka ni. Kebanyakan kita dah buat silap, sebab tu semua anak-anak tikus dimakan oleh ibunya.  (^___^) Sekarang ni, bila tikus saya melahirkan anak sampai 11 ekor, semuanya hidup dan tak ada lagi yang mati... (^_^)

Sahul menjaga anaknya
Tanda-tanda Tikus Betina nak Mengawan:
  • Sering mengangkat punggungnya ke udara.
  • Sering mengalihkan bahagian punggung apabila kita menyentuhnya.
  • Menjadi terlalu gelisah atau mencicit apabila disentuh.
  • Sering menggoyangkan telinga.
  • Suka berjalan dan sering terhenti.
  • Kesimpulannya, sering nampak gelisah.  

 

Apa yang harus dilakukan sebelum pembiakan: 
  • Pembiakan harus dilakukan dengan hati-hati dan elakkan tikus berpenyakit kerana ia mempunyai kesan yang membunuh bayi.
  • Tikus yang dijangkiti penyakit tidak mendedahkan gejala sehingga mereka berumur 3 bulan.
  • Jangan biakkan tikus berumur di bawah 4 bulan, kerana tubuh mereka terlalu kecil dan kelahiran boleh menimbulkan komplikasi dalaman yang boleh mengancam kehidupan dan mereka terlalu muda dan tidak memperdulikan bayi
  • Ibu muda cenderung tidak memiliki naluri ibu dan tidak akan menjaga bayi mereka, kadang-kadang mereka tidak akan pedulikan bayi selama beberapa jam pertama atau bahkan berhari-hari, tetapi mereka akan datang dan menjaganya.
  • Hanya biakkan ibu yang kuat dan makan dengan baik, dan yang tidak mempunyai masalah kesihatan.
  • Tikus akan menopause ketika berusia 18 bulan, jadi elakkan kehamilan bagi tikus ini bagi mengelakkan kecacatan dan kematian tikus. 
  • Jangan memperkenalkan tikus baru ketika tikus sedang hamil, kerana mereka sangat agresif dan akan bergaduh. 
  
Elakkan Pembiakan Sedarah:
  • Pembiakan sedarah (Sesama saudara) tidak digalakan kerana menyebabkan masalah genetik dan penyakit keturunan.
  • Ia juga menyebabkan warna dan jenis tikus tidak berubah. Tikus akan menghasilkan warna bulu yang lain jika dikahwinkan dengan spesis yang berlainan.
  • Jangka hayat bagi tikus pembiakan sedarah juga lebih singkat daripada pembiakan dengan spesis lain.

Tips Persediaan Kelahiran Tikus:
  • Tikus mengandung selama 21-28hari.
  • Elakkan tekanan pada bahagian perut tikus yang sedang hamil.
  • Elakkan tikus hamil dari melompat, kerana ia akan menyebabkan kecederaan pada bayi.
  • Sediakan kandang khas bagi tikus hamil seminggu sebelum bayi dilahirkan.
  • Gunakan Akuarium sebagai kandang bagi tikus yang akan melahirkan anak untuk keselamatan bayi.
  • Sesetengah tikus hamil boleh dicampurkan bersama tikus hamil lain, tapi kadang kala ia akan menjadi sangat ganas unntuk menjaga keselamatan bayi mereka.
  • Tikus hamil makan lebih banyak dari tikus biasa dan harus sediakan makanan yang cukup untuk mereka.
  • Tikus hamil akan merapikan bulu di bahagian puting mereka untuk persiapan melahirkan anak agar bayi senang menyusu. Tapi jika tikus tidak berbuat demikian, itu adalah petanda bahawa ibu itu kurang sayangkan anak mereka.
  • Sesetengah tikus akan mula membuat sarang apabila hari kelahiran semakin dekat.
  • Sediakan rumah kecil, pondok atau igloo sebagai tempat untuk melahirkan anak, kerana mereka memerlukan tempat yang lebih gelab dan tidak diperhatikan.
  • Apabila hari kelahiran semakin dekat dan menunjukkan tanda-tanda, sediakan makanan yang banyak dan cukup untuk sekurang-kurangnya seminggu, agar tikus yang telah melahirkan anak tidak perlu diganggu untuk beberapa hari.
  • Tikus akan memakan anak-anak mereka sekiranya ruang rumah mereka terlalu kecil dan perlu bersaing dengan tikus2 lain.
  • Elakkan meletak roda permainan didalam kandang tikus melahirkan anak, kerana ibu yang aktif mungkin akan terpijak anak2 mereka.
Tips Kelahiran Tikus:
  • Tikus kebiasaannya melahirkan kira-kira 6 ekor bayi,
  • Tikus akan mengeluarkan air seperti cecair bercampur darah beberapa jam atau sehari sebelum melahirkan bayi.
  • Tikus hamil akan mengalami pendarahan ringan sebelum melahirkan.
  • Tikus hamil akan bergerak-gerak dan duduk denga cara yang aneh apabila hendak melahirkan. 
  • Jangan tonton tikus yang melahirkan kerana ini menyebabkan tikus takut dan mengakibatkan bayi mati ketika dilahirkan apabila si ibu stress.
  • Si ibu akan menggunakan kaki dan tangan untuk mengeluarkan bayi dan memakan temunik bayi tersebut.
  • Masa kelahiran mungkan dalam 1-2jam sahaja. Sekiranya terlalu lama, tikus anda mungkin menghadapi masalah.
  • bayi yang sihat dilahirkan akan terus berbunyi atau berdecit. Ini menunjukkan bayi itu hidup.
  • Sekiranya ternampak si ibu memakan anak yang dilahirkan, jangan risau, kerana si ibu mungkin tahu bahawa anak itu mati ketika dilahirkan atau sakit. Hanya bayi yang sihat sahaja tidak dimakan. 
  
Tips Mengendalikan Bayi yang Baru Lahir:
  • Memegang anak tikus yang baru lahir tidak menyebabkan si ibu memakan anaknya.
  • Sekiranya hendak memegang bayi tikus untuk membersihkan kandang atau mengalihkan tempat, pastikan semua bayi dipegang termasuk si ibu agar bau semua adalah sama. Bau yang berbeza menyebabkan si ibu tidak mengenal anaknya.
  • Sebaik-baiknya, bawa atau pegang bayi tikus dengan menggunakan sudu kecil dan elak untuk menyentuhnya.
  • Si ibu akan memakan atau menimbunkan anaknya didalam sarang, sekiranya si ibu tahu bahawa bayinya sakit dan tidak dapat hidup lama.
  • Buang semua bayi yang mati sekiranya ada.
  • Letakkan makanan jauh dari tempat ibu dan anaknya agar tidak merasa diganggu dan selamat.
  • Sang ibu boleh menjadi hamil akan selepas melahirkan anak.
  • Sebaik-baiknya, jangan biakkan si ibu dalam tempoh 2 minggu agar si ibu menjaga anaknya.
  • Ibu muda tidak akan memperdulikan anaknya kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
  • Jika si ibu tidak mahu menyusukan bayi, cari ibu lain yang boleh membantu menyusukan, berhati-hati kerana ibu lain mungkin akan memakannya.
  • Ketika hendak mencari ibu lain untuk menyusukan bayi, gosokkan bayi atau gulingkan bayi di sarang ibu baru supaya bau mereka sama.
  • Jika ibu lain menolak, alihkan bayi dan cuba lagi 2-3 jam kemudian.
  • Jika ibu dan ibu lain tidak mahu menyusukan bayi, anda sendiri harus menyusukan bayi tersebut.

Perlu Diketahui Tentang Bayi Tikus:
  • Bayi tikus sering memcicit.
  • Bayi hanya berguling pada minggu pertama dan kemudian baru merangkak.
  • Jangan mengganggu bayi dan ibu sekurang2nya 2 hari kecuali perlu dan hanya sekejab.
  • pastikan pada perut bayi ada "kantung susu" berwarna putih atau krim, ini menunjukkan bayi tersebut ada menyusu dan perut tersebut penuh susu.
  • Tikus dilahirkan tanpa bulu dan pink untuk 3 hari.
  • Pada hari 3 anda boleh mula melihat petunjuk dari tanda-tanda bayi, dan beberapa pertumbuhan bulu ringan, secara berperingkat semakin mudah untuk melihat tanda setiap harinya.
  • Tikus dilahirkan dengan mata dan telinga tertutup.
  • Telinga tikus melekat pada kepala ketika lahir dan akan terbuka perlahan-lahan dan melebar.
  • Bayi akan menjadi sangat aktif selepas mereka membuka mata mereka, dan menjadi sangat ingin tahu dan mula menjelajah.
  • Bayi  mula menggigit makanan di sekitarusia 2 minggu.
  • Ibu dan bayi tidak boleh dipisahkan sehingga 4-5 minggu.
  • Disarankan untuk meletakkan akhbar di dasar kandang dan kemudian menutup bahagian bawah dengan cebisan kayu atau benda yang tidak mencederakan bayi

Menyusukan Bayi tikus:

Ini hanya dilakukan sekiranya si ibu enggan menyusukan anaknya dan tiada ibu pengganti.
  • Bayi boleh diberikan susu anjing, susu kambing, susu kucing, formula bayi dan susu soya.
  • Susu bayi berformula harus mengandungi zat besi paling sedikit.
  • Gunakan syringe atau pipet mata yang berisi susu dan halakan ke dalam mulut bayi. Mereka akan bergoyang-goyang dan berbunyi dan mungkin air susu akan keluar dari mulut mereka. Bersabar dan susukan dengan perlahan-lahan.
  • Selepas bayi menyusu, pastikan anda menggosok perut bayi untuk membantu bayi mencerna susu.
  • Bayi perlu diberi susu setiap dua jam untuk minggu pertama, kemudian semakin jarang dalam 3-4 jam.
  • Perut bayi perlu diusap selepas menyusu untuk membantu pencernaan
  • Setelah bayi membuka mata, mereka akan mula makan lebih banyak makanan kering dan anda boleh meletakkan sebuah piring kecil susu di kandang dan membiarkan mereka minum dengan cara sendiri.
  • Bayi agak susah meneruskan hidup dengan cara begini, tetapi kita harus mencuba selagi bayi masih boleh hidup.
  • Pastikan tempat bayi hangat dan elakkan meletak kandang di tempat yang sejuk.
 .
.

5 comments:

Anonymous said...

hamster adik sy pon makan anak jgk,hu3

Nurhayati Morshidi said...

Hamster saya dah tak makan anak lagi sebab dah betul cara jaga... Pastu beranak banyak sangat sampai dekat nak beratus ekot.
Last2 abang saya jual sebab tak sanggup dah nak jaga. setiap minggu mesti ada induk yang bunting.... =)

Anonymous said...

mcm mna nak jaga bayi tikus yg takde ibunya ? saya baru jumpa seekor bayi tikus semasa balim sekolah.

Nurhayati Morshidi said...

adik, kalau jmpa, rasanya tu tikus hitam atau tikus perosak. xkn nk bela jgak kot. hehe... tp kalau nk bela jgak, payah sbb xde mak yg bg susu. tp kalau dh ada bulu, dh blh mkn buah2 lembut mcm kobis... :-)

Anonymous said...

Terima kasih kerana berkongsi pengetahuan yg sangat berguna...maklumat tersebut byk membantu saya...

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~