Wednesday, May 11, 2011

Baru Ambil Lesen Memandu kerr???


Huahuahua~~~ Saya ni dah tua dah, tapi baru nak ambil lesen kereta... Kesian betul... (^____^) Sebelum ni takde rasa perlu pun nak ambil, sebab selesa parent atau adik saya hantar pegi sana sini. Tapi bila fikirkan pasal hari raya, haduiiii~~~ tak boleh jadi ni, raya nanti mesti ada lesen, kalau tak, macam mana nak pegi jalan. Sebelum ni, kalau saya nak jalan berhari raya, saya tumpang kawan je, kalau tak pun nanti bapak saya hantarkan. TAPIIII~~~ sekarang dah besar, mana boleh nak harap mak bapak lagi. Kena la berdikari sikit, umur dah 23 mak cik oiiii~~~ hadussss~~~ (~____~)
Saya ambil lesen kereta di >>>Klik>>> Pusat Belajar Memandu Cangiran ... Kalau pasal harga, saya tak kisah sangat, asalkan guru yang ajar tu besttt~~~ hehhehe~~~ Nama cikgu yang ajar saya tu Encik Zamri (016-8898837), Kalau berminat nak dia jadi cikgu, boleh cari dengan nombor tu... (^___^) orangnya kecil je dan lucu... Proses nak keluarkan lesen P pun cepat, sebab Encik Zamri ni tak cerewet dan cepat buat keja... =D
Encik Zamri ada bagi pakej masa saya daftar semalam, ni saya tunjukkan... =D TOTAL HARGA BIASA RM1067...

1st >>> Daftar untuk KPP (Kursus Pendidikan Pemandu), Kelas 5jam, Hari Sabtu, 8.30pagi-3.30ptg, Bayaran RM132, Kalau cip I.C rosak kena tambah RM20.

2nd >>> Lepas kursus, Buat table test, Hari (Rabu,Jumaat,Sabtu dan Ahad), Bayaran RM10

3rd >>> Lepas lulus table test, pergi L2B (Bengkel) 3jam, Hari Ahad, Jam 8.30pagi-12.30ptg, Bayaran RM230

4th >>> Lepas bengkel, Mula belajar kereta, 8jam, selama sebulan,
Bayaran Normal - RM280
Bayaran Pakej - RM450
**jenis bayaran bergantung dengan sendiri samada nak ambil pakej atau normal, kalau bayaran Normal, kita datang sendiri ke tempat tu. Kalau bayaran Pakej, dia datang dan ambil kita dari rumah dan boleh belajar pada bila-bila masa dalam sebulan dan boleh lebih daripada 8 jam...
Jadi saya pilih yang pakej, supaya senang sikit kalau dia datang ambil di rumah.

5th >>> Kalau dah pandai memandu, boleh lah booking JPJ test, Bayaran RM250.

6th >>> Last skali buat la JPJ test on the road... (^___^) Bayaran RM165... Lepas tu dapat la lesen P....
----------------------------------------------

Best nyerrrr~~~ Tak sabar nak ada lesen sendiri... ahhahahah~~~ =P Disebabkan saya ambil Pakej, dia ambil dan hantar ke rumah, jadi jumlah bayaran saya RM1237. Bayaran ni pun kira masih murah jugak, sebab ada member lain yang kena lagi mahal. Diorang ada bagi buku dan CD, jadi belajar la untuk Table Test yeerrr~~~ Kuang3~~~ (^_____^)


No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~