Wednesday, May 4, 2011

Cencaluk Goreng Mama

Malam ni saya masak Cencaluk goreng... orang sarawak tahu apa Cencaluk, tapi yang semenanjung tahu ke??? (^___^) Cencaluk boleh dimakan mentah atau dimasak. Tapi kalau dimasak lagi sedap.... Ni la cara-cara nak buatkan Cencaluk goreng...


Bahan-bahan nak buat simple je... =D
1 mangkuk Cencaluk
2 biji bawang besar dihiris nipis
Halia sebesar ibu jari dihiris nipis
20 biji cili padi (Jangan dipotong atau dipecach)


Cara nak masak pun senang... Mula-mula tumiskan bawang besar, halia dan cili padi sampai layu dan garing... Lepas tu, masukkan semangkuk Cencaluk dan goreng sampai kering.


Dekat atas ni gambar Cencaluk yang masih mentah, baru je masukkan ke dalam kuali. Masih basah lagi ni. Cencaluk kena goreng sampai kering dan sampai minyak goreng tu timbul. Kalau tak kering, nanti rasa dia hanyir... Kalau nak Cencaluk yang sedap, lagi baik kalau Cencaluk tu kita buat sendiri... Cencaluk yang saya masak ni, abang saya yang buat dari Bintulu...  v(^____^)v
Cili padi tu tak perlu la nak pecahkan atau potong masa memasak. Sebab, masa makan nanti kita boleh pecahkan sendiri untuk sapa yang sukakan pedas. Sebab tak semua orang boleh makan pedas kan??... =D

Kalau Cencaluk dah cukup masak dan kering, macam ni la rupa dia... Sedap dan menyelerakan... Kalau takde selera nak makan, buat je Cencaluk goreng, confirm bertambah makan nasi. Cara nak buat pun simple kan???... (^___^)
.
.

3 comments:

n-ya said...

hehe,kmk bruk tauk cencaluk pat di goreng...hihi...

Kak Yatt said...

dapat... =) cencaluk mun d goreng lagik nyaman dari manakn gia jak... try laaa... heheheh~~~ (^__^)

azzam aviero said...

heumm,, sedapnyaaaa... bolehlah bagi sitik jeh

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~