Sunday, May 15, 2011

Jagung Si Guinea Pig / Tikus Belanda

Jagung ni pet baru saya... baru2 ni jugak pelihara... Jagung ni jinak macam kucing dan senang nak bawa main. Sekarang ni Jagung masih kecik, umur dalam 6 bulan dan saiz dia sekarang 6 inci panjang. Dia boleh membesar sampai besar macam kucing. Jagung comel dengan bulu dia yang panjang... Dia tak liar macam hamster atau tikus-tikus lain. Jagung ni manja sangat-sangat tau, dia suka dipeluk tapi pemalu dan suka menyorok... (^___^)

Ni rumah jagung, saya buat rumah jagung dengan laci besar dan cawan Mug lama... Comel... heheheh~~~ Cut-cost laa... Sebab kalau nak beli rumah jagung memang mahal, sebab rumah jagung kena besar kalau nak dia selesa... (^___^) Lagipun kalau letak kat rumah terbuka macam ni lagi senang kalau nak ambil dan bermain dengan dia. Bila-bila masa boleh ambik dan peluk bawa tengok TV... (^___^)

Tengok Jagung menyorok kat dalam rumah...Dalam cawan... heheheh~~~ Jagung ni pemalu dan suka menyorok, masa makan je dia nak keluar dari cawan tu... (^__^)

Hari ni saya bawa jagung ke pejabat, bawa dia jalan-jalan. Senang nak bawa Jagung jalan-jalan, sebab dia suka tidur kalau tempat tu tersorok dan selesa...

Sebelum bawa ke pejabat, Jagung mesti mandi dulu, baru la comel dan wangi... (^___^) Cara nak bagi mandi dia pun senang.
Letak air suam yang cetek kat dalam gayung atau baldi dan campurkan dengan shampoo haiwan, lepas tu letak je Jagung dalam air. Air tu jangan la tinggi sangat, setakat dapat rendam kaki dia je lah. Dia akan berenang-renang dengan gembiranya kat dalam air suam, TAPI tak boleh lama, nanti dia sakit. Masa dia tengah berenang, gosok-gosokkan bulu dia menggunakan tangan atau berus gigi kasar. Lepas tu, bilas badan dia dengan air suam bersih, dan lap sampai kering... (^____^) **Masa nak bagi mandi, kalau nak tuang shampoo ke bulu pun boleh, tapi payah nak bilas kalau shampoo pekat sangat dekat bulu.


Dekat pejabat, Jagung baik je... Dia tak lari sana sini, asyik makan... Tapi kesian tengok dia sejuk kena air-cond. Jadi saya buatkan bilik untuk Jagung... (^___^)

Tengok bilik Jagung... Comel kan??? Dia duduk je kat dalam bakul tu, dan saya tutup dengan kain tuala, biar dia panas sikit... Tadi Jagung menggeletar kesejukan, tapi sekarang dah takde lagi... (^__^)
.
.

9 comments:

blog ku said...

die x berak kew??? die berak kat mnew??kncing kat mnew mse kat bkul tu ngan kat rumah die ngan mug tuh.. hehe

Kak Yatt said...

Guinea Pig ni jenis makan Najis sendiri... Even kita letak dalam sangkar, masa dia berak dia akan sambut terus najis dia pakai mulut dan makan... Sebab perut dia tak serap zat makanan direct, jadi dia akan makan najis sendiri sbb najis tu masih ade zat... heheheh~~~

masa dalam mug dia berak je dalam tu, tapi kencing kat luar... Kalau dalam bakul pun tak de pulak tgk dia kencing kat bakul. Kalau dia nak kencing, dia akan meragam nak keluar... Lepas tu tetiba je kencing atas meja... heheheh~~~ Kena la lap... (^_^)

Ajax Power said...

salam sy ade sekor guinea pig nie, nk tanye ea kehidupan die kne berpasangan ke? Sbb da sebulan sy bela die, tp bru smlm sy nampak die temenung. knp ea?

Nurhayati Morshidi said...

Salam Ajax power... Nak kata perlu pasangan, tak jugak... Tapi lumrah benda hidup, semua nak kena ada pasangan baru happy kan?? Maybe dia sunyi kot... Saya pelihara sekor je, ok je x murung... Tapi bila tambah lagi sekor, jadi tak terkawal sebab kuat sangat bermain dan payah nak kejar... Nakal pun terlebih bila ada kawan... Jadi saya prefer jaga sekor je... hehehe~~

Yanna Samsuri said...

Saya ada bela guinea pig sepasang . Boleh ke dia beranak dalam umur lingkungan 6 bulan

Yaya Huzairy said...

Comeynyer! Kami ada Bobo & baru2 ni tambah Baby sebab review internet banyak suggest supaya adopt 2.

Bobo manjanya lain macam, tapi selalu kencing kat baju kita hu2. Tapi kita tak marah
Pun, kita cium dia letak balik dslam cage, tukar baju & main semula dengan dia

Yaya Huzairy said...

Comeynyer! Kami ada Bobo & baru2 ni tambah Baby sebab review internet banyak suggest supaya adopt 2.

Bobo manjanya lain macam, tapi selalu kencing kat baju kita hu2. Tapi kita tak marah
Pun, kita cium dia letak balik dslam cage, tukar baju & main semula dengan dia

Alip said...

Saya nak bertanya.
Bau kencing dengan najis guinea pig kuat tak? sebab nak bela dalam bilik. tapi takut berbau kuat.

Zahir 001 said...

Saya ad bela guinea pig 2 ekor sape2 ad group guinea pig bole invite sy dlm group whatsapp x? 018-6635493

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~