Tuesday, May 17, 2011

Kepenatan dan Kelesuan Serta Cara Mengatasinya

Kita sering melihat pelajar mengantuk di bilik kuliah dan perkerja yang mengantuk di pejabat dan pelbagai lagi keadaan mengantuk. Keletihan atau mengantuk adalah sejenis penyakit atau sindrom dan kita sering kali mengatakan bahawa kurang tidur atau keletihan menjadi punca kita mengantuk seharian.

Sebenarnya, bukan hanya kurang tidur dan badan letih sahaja menjadi penyebab, ada beberapa lagi punca lain kerana cukup tidur dan terlebih tidur pun boleh menyebabkan mengantuk. 

Ni saya nak kongsi apakah punca kita sering mengantuk dan bagaimana cara untuk menanganinya.

No.1 : Tidak cukup tidur
Punca yang biasa kita dengar dan kesannya akan mempengaruhi konsentrasi dan kesihatan. Ini kerana orang dewasa perlukan tidur 7-8jam sehari. 
Cara Mengatasi : Menjaga jadual dan masa tidur setiap hari. Disiplinkan diri untuk mengikut jadual tidur jika boleh. 
No.2 : Sleep Apnea
Gangguan tidur disebabkan pernafasan yang tidak menentu atau terhenti seketika sewaktu tidur. Ia terjadi dalam 5 hingga 30 kali atau lebih dalam masa sejam. Setiap kali terhenti, kita akan terbangun seketika tapi mungkin kita tidak menyedarinya. Kesannya, kita akan kekurangan tidur walaupun kita merasakan kita tidur cukup 8 jam.
Cara Mengatasi : Menurunkan berat badan sekiranya terlebih berat, berhenti merokok dan tidur dengan alat bantuan penafasan (Breath Right) yang menjaga saluran nafas terbuka sepanjang malam.

No.3 : Makan Tidak menentu
Makan terlalu sedikit menyebabkan kelesuan dan makan makanan yang salah juga menjadi punca masalah. Makanlah dengan seimbang agar kadar gula dalam darah berada dalam sukatan yang normal bagi mengelakkan kelesuan yang disebabkan kadar gula menurun.
Cara Mengatasi : Sentiasa makan sarapan dan makanlah karbohidrat kompleks dalam setiap makanan. E.g. Roti, gandum & telur. Serta makan makanan ringan dengan kadar yang sedikit sepanjang hari untuk mengekalkan tenaga.

No.4 : Anemia
Punca keletihan utama pada wanita. Kehilangan darah ketika menstruasi boleh menyebabkan kekurangan zat besi. Sel darah merah adalah penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan dan organ. 
Cara Mengatasi : Ambil suplemen zat besi dan makanan yang kaya dengan zat besi. E.g. Daging, hati, kerang, kekacang dan bijirin. 

No.5 : Kemurungan
Kesan kemurungan adalah gangguan emosi dan sakit kepala yang menyebabkan kehilangan nafsu makan, serta kehilangan tenaga. Sekiranya berlarutan sehingga 2 minggu, pergilah berjumpa doktor.
Cara Mengatasi : Jumpa pakar psikoterapi dan mendapatkan rawatan.

No.6 : Hypothyroidism
Tyroid adalah kelenjar pada leher yang mengawal metabolisme dimana tubuh menukar makanan menjadi tenaga. Apabila kelenjar kurang aktif dan fungsi metabolisme menjadi lembab, tubuh akan menjadi lesu dan berat badan akan bertambah.
Cara Mengatasi : Jalankan ujian darah, jika hormon tiroid rendah, hormon sintetik boleh diambil untuk menambah hormon.

No.7 : Kafein Berlebihan
Kafein dalam kadar yang sesuai boleh menambahkan konsentrasi. Tapi jika terlalu banyak, ia akan meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah dan sifat gemuruh. Ada kajian menunjukkan bahawa jika diambil berlebihan akan menyebabkan kelesuan pada sesetengah orang.
Cara Mengatasi : Kurangkan secara perlahan pengambilan kopi, teh, coklat, minuman ringan dan ubatan yang mengandungi kafein. Jika dihentikan seara mengejut, ia akan menyebabkan kelesuan dan kelelahan.


No.8 : Jangkitan pada saluran kencing (ISK)
Kita akan merasa kesakitan jika pernah dijangkiti ISK. Tanda-tanda jangkitan ISK adalah kelesuan, dan lakukan ujian air kencing untuk memastikannya.
Cara Mengatasi : Ambil antibiotik sekiranya terkena jangkitan ISK dan kelesuan biasanya akan hilang dalam masa seminggu. 

No. 9 : Diabetes
Untuk pesakit diabetes, kadar gula adalah tinggi dalam darah tetapi tidak memasuki sel-sel tubuh, dimana gula diperlukan untuk diubah menjadi tenaga. Hasilnya, tubuh akan menjadi lesu walaupun makan yang cukup.
Cara Mengatasi : Amalkan gaya hidup yang sihat seperti diet dan bersukan. Melakukan terapi insulin dan ubat-ubatan untuk membantu memproses gula dalam tubuh 

No. 10 : Dehidrasi (Kekurangan air)
Tubuh memerlukan air yang cukup untuk bekerja dengan baik dan sekiranya kita merasa haus, itu bermaksud kita telah mengalami dehidrasi.
Cara Mengatasi : Minum air yang cukup sepanjang hari sehingga air kencing menunjukan warna yang bersih (Putih/Kurang kuning), sebaik-baiknya 2 jam sekali. Minum 2 gelas air setiap kali sebelum dan selepas aktiviti seperti bersukan.

No. 11 : Penyakit jantung
Tanda-tanda sakit jantung adalah kita akan cepat merasa lelah atau denyutan jantung meningkat secara mendadak setiap kali melakukan kerja berat seperti membersihkan kawasan rumah.
Cara Mengatasi : Baiki gaya hidup, hentikan merokok, perubatan dan prosedur terapi untuk pesakit jantung bagi mengembalikan tenaga.

No. 12 : Masa tidur yang terganggu disebabkan waktu berkerja
Kerja pada syif malam boleh mengganggu jam tubuh kita. Kita akan merasa menganntuk ketika bekerja pada malam hari dan susah tidur pada siang hari.
Cara Mengatasi : Apabila perlu tidur pada siang hari, aturkan mood bilik tidur agar kita tetap boleh tidur walaupun pada siang hari. Gelabkan suasana bilik, senyap dan sejuk. Dapatkan ubatan dari doktor jika perlu dan masih susah untuk tidur.

No. 13 : Alergi Makanan
Alergi makanan boleh menyebabkan kita mengantuk, dan sesetengah alergi berlaku tanpa kita sedari kerana kesan alergi yang berlainan. Ada kesan alergi yang gatal, membengkak dan ada yang mengantuk.
Cara Mengatasi : Cuba pelbagaikan jenis makanan untuk mengesan apakah punca makanan yang mengantuk, atau jalankan ujian alergi di klinik untuk mendapatkan jawapan. 

No. 14 : CFS dan Fibromyalgia
Kita akan merasa kelesuan yang berlaku lebih dari 6 bulan sehinggakan menggangu urusan seharian jika mengalami CFS dan Fibromyalgia.
Cara Mengatasi : Aturkan jadual seharian, tetapkan masa tidur yang lebih baik dan mulakan aktiviti sukan yang ringan.

No. 15 : Kelesuan biasa yang tiada kaitan dengan perubatan
Lakukan aktiviti sukan yang ringan sekurang-kurangnya 20minit setiap sesi. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu sudah cukup untuk mengurangkan kelesuan tubuh.


Dah tau kan??? Jadi praktikkanlah dalam kehidupan seharian agar lebih sihat dan bertenaga sepanjang hari... (^____^)
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~