Tuesday, May 3, 2011

Sambal Goreng Ikan Bilis Anak Dara

Malam ni saya rajin, saya masak sambal goreng sebab esok saya nak bekal nasi lemak... (^___^) Ni resipi sambal goreng bujang... heheheh~~~


Bahan-bahan boleh didapati dari dapur je... (^___^)

- 20 tangkai cili kering (Direndam dan dibuang biji)
- 3 Biji bawang besar ( 2 dikisar, 1 dihiris kiub)
- 5 Biji bawang merah kecil
- 1 Inci kiub belacan
- Halia sebesar ibu jari
- 1 genggam ikan bilis
- Sesudu besar asam jawa

Bahan siap dikisar (didalam kuali)

Selepas sediakan bahan-bahan, bolehlah kisarkan semuanya. Kecuali sebiji bawang besar yang dihiris kiub tadi. Masa nak kisar, jangan letak banyak sangat air, nanti sambal lambat nak kering.

Kalau dah siap kisarkan semua, sediakan minyak panas yang banyak kat dalam kuali, kuantiti minyak tu cukup-cukup sampai boleh tenggelamkan bahan-bahan kisar. Jangan risau kalau minyak nampak banyak, nanti minyak tu boleh kering.

Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang dikisar bersama-sama bawang yang dihiris tadi. Masukkan air asam jawa, sedikit garam, ajinomoto dan gula, goreng sampai bahan-bahan nampak kering dan minyak timbul ke permukaan.

Sambal dah siap untuk dimakan... =D
 Kalau dah siap, sambal akan nampak macam dalam gambar ni. Menarik dan sedap tau... (^___^) Jum la try... =D
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~