Friday, July 1, 2011

Menangis Kerana Ditinggalkan...

Kenapa menangis??? Bodoh betul... Kenapa berkecil hati??? Bodoh betul... Kenapa nak ambik hati??? Bodoh betul... Menangis sebab kawan2 tak ajak keluar sama pergi jalan2 dan makan di KFC??? Tu je yang buatkan saya berkecil hati... Tak tahu lah apasal... Sampai saya menangis semalam dan bangun tidur pagi ni mata nampak bengkak la jugak sikit.... Hahahhaha~~~...

Yang tinggalkan saya bukannya PAKWE yerrr, kawan2 bekas sama pejabat jerr... Diorang keluar jalan2 semalam, tak ajak saya pun, time tu saya di rumah dan takde sapa pun yang inform kan... Saya tak pernah nak berkecil hati sampai macam ni, inilah first time saya macam ni. Selalunya saya tak ambik kisah pun apa yang kawan2 saya nak buat. Tapi kali ni tak, bila dapat tahu diorang keluar tak ajak, mesti saya kecik hati... Haduiiii~~~ Kenapa ni?? Bodoh laaaa....
Saya dapat tahu pun malam tadi, masa tgh SMS dengan Daus, dia bagitau saya petang semalam dia, Ajis, Kak Ita dan Kak Zee keluar makan di KFC dan jalan2 kat spring cari Jaket dia untuk Dinner esok... Punyalah saya terkejut dan terus berair mata... Sedih sangat2 bila dapat tahu dah kena tinggal... Sampai saya merajuk nak pergi sorang2 je dinner esok... Betul2 kecik hati... Tapi dinner esok pergi je kot dengan diorang ni.. Tengok la macam mana dulu, kalau masih terasa lagi, tak nak lah saya... saya pergi dengan kakak saya je lah... huhuhu~~~ (~___~)

Bangun pagi tadi ok dah... Tapi bila bukak FB awal pagi tengok komen2 kat dalam tu, terus teringat balik pasal kes kena tinggal semalam, menangis la balik.... Mak aiiii~~~ Apasal macam budak2 je ni??? Saya tak pernah camni tau tak??? Biasanya saya ni jenis yang tak ambik kisah hal orang nak buat apa... Sekarang??? Dah jadi sensitif tak tentu pasal... Haduiii~~~ (~____~)

Mungkin sebab saya dah jumpa kawan yang betul2 kawan... Sebelum ni, saya jenis kawan dengan semua orang, kejab pergi geng sana, kejab pergi geng sini... Tak pernah nak tetap dengan satu geng pun, sebab saya susah nak serasi dengan sesiapa... Tapi dengan geng ni lain pulak... Sepanjang kontrak kami berkepit keluar. Kalau sorang takde, semua taknak keluar... Even nak pegi tapau makanan je kat kedai sebelah bangunan tu pun kena semua pergi, tak boleh ada yang tinggal walaupun yang ikut tu kadang2 takde beli apa2 pun... Hehehehehhh~~~

TAPI...saya kena tinggal semalam tu bukan salah diorang sengaja nak tinggalkan... Saya dirumah, diorang dari pejabat. Takkan la nak datang ambik saya dirumah semata2 nak keluar sekejab... Ntah laaaa~~~ ati ni tetap jadi kecil jugakkkk.... huaaaa~~~~ (T___T) Jahat lah saya ni....
Dari Kiri : Aman, Ajis & Daus

Dari Kiri : Kak Ita & Kak Zee

Ni saya laaa... =D
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~