Friday, June 3, 2011

Suami Terminum Susu Isteri???

Topik ni saya nak share sebab banyak menjadi tanda tanya. Saya banyak tanya dengan kawan-kawan, tapi mereka pun tak pasti dan tak pernah dengar tentang perkara ni. Jadi saya pun cari la jawapan sendiri...

Sebelum ni, saya pernah dengar bahawa sekiranya Suami terminum air susu badan Isteri, maka mereka haruslah BERCERAI, kerana Isteri telah di anggap sebagai Ibu susu kepada suami... Tetapi, jawapan yang saya jumpa lain, sebab tu saya nak share kat semua, supaya perkara ni jadi jelas... (^___^)


Berkata Imam At-Tirmidzi di bawah Bab penyusuan menyebabkan pengharaman dalam tempoh 2 tahun pertama: Diriwayatkan dari Qutaibah diriwayatkan dari Abu Awanah dari Hisham bin `Urwah dari Fathimah Bint Munzir dari Umm Salamah berkata bahawa....

Rasulullah S.A.W bersabda: 
“Penyusuan akan menyebabkan HARAM sekiranya ia berlaku menyusu dan sebelum bayi berusia 2 tahun.” At-Tirmidzi mengatakan, “Hadith ini sahih dan kebanyakan para ahli ilmu dari kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W, mereka mengamalkan bahawa penyusuan menyebabkan pengharaman sebelum tamat tempoh 2 tahun. Penyusuan selepas itu tidak akan menyebabkan pengharaman. (At-Tirmidzi sahaja meriwayatkan hadith ini dengan jalur rijal yang memenuhi syarat sahihan)

Rumusan:
Umur yang mempengaruhi susuan ialah bayi yang belum mencapai umur 2 tahun. Ini Ijma' sahabat kecuali Aisyah ra. (Imam anNawawi, Syarah Sahih Muslim : 6/214 ; Imam Ibn Rushd, Bidayah Almujtahid: 2/36).
  • Madzhab Daudi atau Zahiri mendokong pendapat Aisyah dan diperkuatkan oleh Imam Ibn Hazm.
  • Madzhab Hanafi bayi bawah 2 tahun 6 bulan.
  • Madzhab Maliki bayi 2 tahun beberapa hari. 


TAMBAHAN:
Jawapan yang saya dapat daripada kawan-kawan yang tahu sedikit sebanyak tentang ni. 

1) TIADA hukum tertentu bagi suami yang secara tidak sengaja atau sengaja meminum susu isterinya, iaitu suami tidak menjadi ‘anak susuan’. 
.
Ini kerana syarat anak susuan adalah seorang bayi berusia kurang daripada dua tahun dan meminumnya lebih daripada lima kali kenyang. Bagaimanapun, suami dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian kerana boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak sendiri yang memerlukan susu ibunya.
.
Sekiranya dilakukan secara sengaja atau dibiarkan perbuatan itu, dikhuatiri suami menjadi ‘ketagih’ atau melakukan tabiat buruk
.
Secara fitrahnya Allah SWT menjadikan susu ibu untuk anak kecil dengan khasiatnya yang tertentu dan bukannya untuk suami.
.
Sumber: Fikrah Dr. Salam -- Harian Metro --

2) Semestinya TAK HARAM, sebab syarat untuk menjadi anak susuan mestilah berumur kurang 2 tahun. Suami tentunya berumur dah lebih 2 tahun. Semoga terlerai dari segala kemusykilan ~INsya Allah~

Kesimpulan:
~Tidak mengapa bapa bayi berbuat demikian dan tidak menyebabkan berlaku pengharaman.
~Dengan ini jelas hukum meminum atau terminum susu isteri adalah HARUS.

1 comment:

surijunior said...

Ya tidak jadi anak susuan :P

SHAKLEE Natural Supplement. Independent Distributor menawarkan : Super duper milk booster, pregnancy, confinement, eczema, skin care etc. Get yours as low as RM70 only!

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~