Sunday, July 17, 2011

Adakah Aku Berhati Batu Atau Ego???

Salam... Ni entry ke 2 untuk hari ini.... (^___^) Kenapa rajin sangat hari ni??? hurmmm~~~ Bukan nya rajin, tapi sentiasa ada benda yang nak di share dan nak bagitau kat seseorang, tapi saya takde tempat nak luahkan... So, kat sini je lah, k... (^___^)

Hari ni, ada seorang kawan, dia lelaki... Hehehhe~~~ takpe, saya dah biasa dengar luahan lelaki, sebab lelaki je kawan yang saya ada... Mamat DAH LAMA putus, Tapi dia masih tak dapat nak lupakan minah tu... Kenapa?? Cinta sejati keww??? Huhuhuhu~~~ Dia sanggup habiskan duit untuk minah ni, walaupun minah ni dah ada lelaki lain... Sampai pakwe baru minah tu takde rokok pun, dia nak tolong belikan.... Huuuurrrmmm~~~ Payah saya nak komen... Apa maknanya ni??? Tu ke maksudnya sayang??? Sampai gadai harga diri dan berkorban benda2 bodoh??? Kalau minah tu baik, dia takkan buat kawan saya macam tu. Tapi mamat ni tak kisah langsung, dia still buat dengan harapan minah tu akan balik dengan dia suatu hari nanti.... Korang fikirlah sendiri, kalau korang, sanggup ke korang buat macam tu untuk EX korang??? kalau saya?? Mampus tak toleh balik... Malas dah... Hehheheh~~~


Cinta sejati?? Ntah... Perkataan tu dah takde maknanya untuk saya... Hati saya dah jadi keras sejak putus tunang... Selalunya kalau orang break, tentu akan menangis semahu-mahunya sampai terkeluar biji mata kan??? TAPIII??? saya??? Sebaliknya... Masa putus tunang, tak tahu mana datangnya kekuatan pada diri dan keyakinan masa tu, saya cuma tersenyum lebar dan asyik tergelak masak mintak dilepaskan... Sampai dia fikir saya ni hanya bergurau... Tapi saya betul2 serius... Cuma sebelum tu, saya dah buat solat istiqarah dan mohon kekuatan untuk buat keputusan dan pilihan... Jadi saya berjaya buat dalam keadaan tersenyum tanpa sedikit rasa sedih pun... Hanya kegembiraan terpancar dihati sebab ini adalah keputusan terbaik dan betul yang saya pernah buat... Keputusan yang akan membahagiakan saya di masa depan dan saya terlepas dari segala PENIPUAN dan LAKONAN...

Kenangan suatu masa dahulu... =)
Ada jugak yang kata masa tu EGO saya tinggi, sebab tu saya boleh tersenyum dan tergelak... Tapi sebenarnya bukan, sebelum apa2 keputusan yang saya buat, saya dah mohon petunjuk dan kekuatan untuk lalukan benda tu. Saya taknak jadi lemah disaat2 akhir bila dipujuk balik.... Hanya Allah yang tahu perasaan masa tu... Bila dah putus, saya langsung tak ingat pasal dia... Otak saya free sangat2... Sebab tu la saya heran, kenapa ada orang sanggup jadi gila bila break?? sama ada meninggalkan atau ditinggalkan... Hurrmmmm~~~Lepas putus tunang, saya memang sangat berhati batu dan jadi jahat... Heheheh~~~ Jahat ke??? agak la... Masa mula2, tu cara nak hilangkan stress dengar KUTUKAN dan FITNAH orang... Kalau stress putus tu takde la... Tapi sekarang dah slow down, Alhamdulillah baik sikit...

Kalaulah ditakdirkan selepas ni saya akan merasa lagi ditinggalkan kan, dicurangi atau apa2 pun yang sewaktu sengan nya, saya tak akan ada perasaan pun nak sedeh... Saya boleh kata saya tak akan menangis pun... Saya masih mampu tersenyum , sebab hati saya sekarang dah betul2 keras dan tak berperasaan... TAPIIII... Perasaan untuk menyayanyi seseorang masih ada, cuma perasaan SEDIH PUTUS CINTA dah tak ada lagi dalam kamus saya... (^___^)

Kalau nak tahu.... Selepas kejadian tu la saya berkawan dengan lelaki melambak2, sebab saya nak rasa apa yang dia rasa masa perempuan keliling pinggang... So, sekarang saya tahu apa yang dia rasa... Tapi niat saya tak jahat, sekarang saya berkawan dengan ramai lelaki cuma untuk berkawan sebab selesa dengan diorang... Jangan salah anggap, k...
Kalaulah ada pakwe sekarang, saya tak pasti apa perasaan dia tengok saya banyak kawan lelaki... Kalau dia boleh faham mereka hanya kawan, terima kasih banyak2 sebab memahami, tapi kalau tak faham, saya mintak maaf... Saya tahu batas2 saya, dan saya akan jaga untuk kebahagiaan saya sendiri...

Apa-apa pun, segala perkara yang terjadi dalam hidup mengajar kita menjadi lebih matang dan belajar menangani masalah.... Jangan sesekali jadi bodoh dan memperbodohkan diri untuk orang yang tak sepatutnya menerima kasih sayang daripada kita.... (^___^) elehhhh~~~ Jiwang ku tok.... Hhahahahhahaha~~~~ Rasa nak muntah... ekekekkek~~~ =P
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~