Saturday, July 16, 2011

Beza antara Cinta, Sayang, Minat Dan Suka...

 ~Cinta~
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. 
Dalam erti lain, cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi. Kita akan cintakan dia dengan sepenuh jiwa dan hati yang ikhlas walaupun dia buat tak tau je...

 ~Sayang~
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. 
Dalam erti lain, sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya.

~Suka~
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu.
Dalam erti lain, suka di tujukan kepada seseorang yang boleh mengembirakan kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya dah penat nak layan... Hehehe~~~
-::Perkara yang kerap berlaku pada saya, mungkin juga pada orang lain::-

 ~Minat~
Ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.
Dalam erti lain, minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita suka.

~~Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat, suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu~~
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~