Friday, July 1, 2011

Rumput yang Terbaik...

Masa tengah baca blog kawan2, saya terbaca pulak pasal RUMPUT... Mari berkongsi dan renung2kan...

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada seorang guru. ketika itu, guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kita nak kekalkan kasih sayang tu?"

Cikgu: "Ok, kamu ikut apa yang sayang suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan diatas rumput. Sambil memandang rumput di depan kamu, kamu pilih lah rumput mana yang PALING cantik tanpa menoleh kebelakang walaupun sekali. Kamu petik rumput yang kamu tengok PALING cantik dan bawa ke kelas."
 
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangan nya. Cikgu pun bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: "Tadi masa saya berjalan, saya cariklah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, jadi saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik, dan cikgu telah pesan supaya tak menoleh kebelakang. Jadi tak adalah rumput yang boleh saya petik."

Cikgu: "Ya...Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik2nya. Jangan sekali-kali menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku. Semoga yang berlaku takkan berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun kalau nak diikutkan hati, Lebih banyak lagi yang lebih cantik dan lebih baik seperti rumput....

Renung-renungkanlah....

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~