Saturday, July 16, 2011

Last Minute Plan...Mr. Popper's penguin


Last Minute plan dengan member malam nie... Actually, nak dijadikan cerita, Zul datang rumah cuma nak tolong dia buatkan resume je... Lepas tu contact pulak member2 lain time kami tengah lepak di rumah, ajak la lepak2 minum kat Food Court Kampung Boyan...Saya apa lagi, salin je t-shirt & jeans, tak pakai tudung dan tak make-up punnn... Saya nampak sangat MESSY... hahahha~~~ Sebab plan nak lepak2 je... (^___^)

Me & Zul Lepas tengok wayang... Saya sangat MESSY... =P
Lepas kemas, terus pecut, tumpang skuter zul... wiwiwiwiiwiiiii~~~ dh 6 tahun saya tak tumpang kawan naik moto...malam ni la merasa balik... =D TAKUTTTTT sangattt~~~ =( Saya dah biasa bawa moto, tapi saya tak pernah jadi penumpang... Sebab saya suka bawa sendiri... ehhehe~~~ =D


Dah sampai kat Food Court, lepak la minum bandung laici... Air diaaa... NAK MEMBUNUH kerr??? Manis giler kotttt.... Lepak punya lepak, tunggu punya tunggu... Kawan yang dipanggil tak sampai2... Last2 kitorang tetiba buat plan tengok wayang... Hahhahaa... Jam dah pkl 9 malam time tu... Gilerrr doww... Tak tau lagi ada cerita tak dah masa tu... Saya ni bukan nya boleh balik lewat sangat... heheheh~~~
Sampai je Star Cineplex, terus cari budak kantau.. Ingatkan nak cari tiket murah, tapi takde rezeki laaaa.... Bos diorang merayau2 la pulak... Huissshhh~~~ GANGGUAN sungguh... Kami beli la tiket harga biasa... =) Kami tengok cerita "Mr. Popper's Pengguin"... Cerita tu lucu sangat2... Comel... Dan kesian... heheheh~~~


Sinopsis cerita tu pasal ayah mr. Popper yang kerja jauh dan takde masa untuk anak2... Last2 ayah dia hadiahkan 6 ekor penguin... Mula2 mr.Popper benci kat penguin, tapi lama2 dia jadi sayang pulak kat penguin tu... Comel... Nama penguin tu Stinky, Luody, kapten, Lovey, Nimrod dan Bitey... Nama diorang sempena perangai aneh penguin tu sendiri.. (^___^) ...Kalau nak tahu lagi, pergi la tengok sendiri... Sangat best dan tak rugi pun buat plan last minute....

Si Comel Kapten... =D
Mr.Popper... Hehheeh~~~
Lepas tengok wayang, saya terus balik, sebab dah janji dengan mak nak balik terus lepas tengok wayang... Saya ni payah sikit nak keluar malam, kena merayu betul2... hehheheh~~~ =) kalau mungkir janji, nanti dah susah nak keluar lagi.... (^___^)
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~