Friday, July 8, 2011

Syok Nya Makan-Makan di Steam Boat

Malam ni saya keluar makan-makan lagi... Tak habis2 nak makan... Hehehhehe~~~ (^___^) saya ni memang kuat makan, jadi tak heran lah sangat. Badan pun dah semakin kembang... hik3~~~ =D
Seperti biasa, steam-boat yang akan kami serbu ialah D11... Kat Jalan Ban Hock, Kuching... Entah berapa puluh kali dah saya kesini, tak pernah bosan... (^___^)


Dalam banyak2 steam-boat, sini lah tempat yang paling saya suka... Sebab tempat dia open air dan pilihan makanan paling banyak antara semua steam boat... Kalau kat tempat lain, mereka banyak gunakan "ball", tak syok la kalau makan "ball". Kalau nak makan "ball", lebih baik beli sendiri dan goreng di rumah... hehehhe~~~ Ada lebih dari 30 jenis makanan untuk dipilih... Seafood, sayur-sayuran, ayam dan daging...

Pilihan "Ball"

Pilihan ayam & daging

Pilihan makanan laut
Sayur-sayuran je yang saya tak ambil gambar, sebab saya tak makan sayur kalau pergi sini... heheheh~~~ kalau datang sini, makanan palinggggg saya suka ialah buntut ayam, kerang dan telur burung puyuh... Saya boleh makan berpinggan2 tiga jenis makanan tu tau... (^___^)
Kerang
Telur burung puyuh
Buntut ayam
Masa sedang syok masak, tiba-tiba pulak tangan saya tersimbah dengan minyak panas... Biasalah kalau dah tengah memasak, terlupa nak kecilkan api. Apa lagi, meletuplah semua kerak2 hangus yang ada kat atas plate besi dan semua minyak yang bertakung penuh kat dalam tu tersimbah kat tangan saya... Heheheh~~~
Lepas kena minyak, tangan tak mengelembung lagi. Bila dah sampai ke rumah, baru nampak tempat lecur tu semua macam gelembung... (^____^)

Melecur tersimbah minyak panas
Kerak yang penuh dengan minyak meletup

Saya datang ke sini dengan member Uitm... Ada student dan jugak staff.... Enjoy kalau pergi sini beramai-ramai dan semuanya sporting makan... Kalau ada yang pergi tu tak kuat makan dan kontrol, memang tak syok dan tak best... huhuhuhu~~~ =P

Wajah-wajah ceria dan kuat makan... (^___^)


Sisa kerang yang tinggal... =D

Seronok masak-masak... =D
Lagi satu nak bagitau... Bayaran kat sini rasanya paling murah kalau nak dibandingkan dengan tempat2 lain... kalau lebih 5 orang yang pergi, bayaran cuma RM17 je seorang... heheheh~~~ Syokkk dapat makan.... (^___^)
.
.

1 comment:

Anonymous said...

Ι love уouг blog.. ѵery niсе colors
& themе. Did you ԁesign thiѕ website yourself or did you hirе somеonе to do it for you?

Plz reply as I'm looking to create my own blog and would like to find out where u got this from. thanks a lot

my homepage: increase small boobs

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~