Sunday, August 21, 2011

Al-I'tiraf Sebuah Pengakuan

Al-I'tiraf adalah sebuah pengakuan... Semalam saya tonton Drama 100 hari di TV2, mengisahkan 100 hari tanda-tanda kematian. Dalam Drama tu ada nasyid Al-I'tiraf, jadi saya pun cari... Tapi kebanyakkan yang saya jumpa kat dalam YouTube semuanya alunan baru. Saya mencari alunan muzik asal I'tiraf ni... Akhirnya jumpa jugak... Alunan baru tak sama dengan yang lama... Kalau nak dengar macam mana bunyi alunan baru, >>>KLIK SINI<<< ... Saya ingat lagi, nasyid ni kami biasa nyanyikan selepas solat berjemaah masa saya kat sekolah dulu... (^___^)

Kebanyakan kita sangat familiar dengan nasyid ni. Tapi, tahu tak dari mana nasyid ini datang dan siapa pengarangnya?
Dikisahkan seorang Sahabat yg baru kembali dari medan perang. Ketika berada di pintu rumahnya, secara tidak sengaja dia terpandang betis seorang perempuan. Perempuan itu adalah isteri sahabatnya yang ketika itu sedang duduk diruang tamu rumahnya. Ketika itu juga dia melompat keluar dari pintu dan berlari meninggalkan rumahnya dan pergi tempat yang sepi, selama bertahun-tahun, untuk bertaubat kepada Allah SWT atas perbuatan tidak sengajaannya. Rintihan taubatnya itulah yg sekarang sering kita dengar dalam lagu Al-I'tiraf.

Klik Video kat bawah ni kalau nak dengar I'tiraf ataupun Doa Taubat...

 judul itiraf
(Al-I'tiraaf)
bait 1
Ilaahii lastu lil firdausi ahlaan wa laa aqwaa 'alaa naaril jahiimi
bait 2
Fa hablii taubatan waghfir zunuubii fa innaka ghaafirudzdzambil 'azhiimi

Nyanyian dalam bahaya melayu berbunyi:
Tuhan ku aku tidak layak untuk syurgamu, 
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa neraka mu,
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku ampunkan lah dosaku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar.
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~