Friday, August 19, 2011

Apabila Dia Bukan Jodoh Kita

Saya dapat entry ni dari blog orang lain yang juga mengopy paste dari yang lain... (^___^) saya tulis untuk menyedapkan hati saya sendiri dan juga untuk orang lain yang sedang bersedih putus cinta atau cinta yang tak terbalas.... Huhuhuhu~~~ sangat sakit bila kita syok sendiri bila kita sukakan seseorang dan lagi sakit apabila hubungan tersebut tak direstu oleh keluarga... (~__~)

Tapi...disebalik semua kejadian ada hikmahnya... Pahit manis kehidupan itu memberikan pengalaman dan pengajaran untuk kita. Allah memberi kita ruang untuk berfikir sejauh mana kita menghargai nikmat yang diberikan. Bila kita dah dapat apa yang kita nak, pernah tak kita fikir betapa payahnya kita nak dapatkan semua tu??

Kenapa kita dipisahkan dengan seseorang yang kita sayang...?? 
Sememangnya Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya…

1. Apabila kita bertemu dengan jodoh yang sebenar, kita akan bersyukur dengan ketentuanNya.

2. Kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. Kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

4. Kita akan mendapat kasih sayang yang lebih baik, khas buat diri kita.

5. Kita sedar bahawa Allah maha pemurah dan penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. Kita dapat mengumpul pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. 

7. Kita menjadi manusia yang hebat jiwanya.

8. Kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

9. Kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya...

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhannya, dan meninggalkan larangannya...

Percayalah sesungguhnya Allah tidak menolak permintaan hambanya yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepadanya. Selagi kita terus berdoa, harapan tu tetap ada.. InsyaAllah…

Setiap yang terjadi telah tertulis. Kadang–kadang Allah sembunyikan matahari, dia datangkan petir dan kilat hinggakan kita menangis dan tertanya–tanya ke mana hilangnya sinar. Rupa–rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Bila Allah tak beri sesuatu yang kita minta, yang kita nak sangat².. Mesti ada sebab dan yang pastinya takdir yang dah disuratkan lebih baik untuk kita.

**Saya terima perpisahan ini dengan redha dan hati yang terbuka kerana kami tahu apa yang dimimpikan amat susah untuk direalisasikan… Bukalah hati untuk orang yang lebih berhak memiliki dan mohon ampun dan maaf untuk segala kesilapan…
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~