Saturday, August 20, 2011

Kelebihan Memeluk Agama Islam


Pelikkan tajuk entry saya malam ni??? Ni adalah entry kedua yang saya tulis dalam masa 3jam... Heheheh~~~ Malam ni rajin sikit sebab ada macam2 benda yang saya fikirkan, dan macam sayur campur pulak otak ni... (^___^) 

Nak dijadikan topik, saya ada seorang kawan yang berlainan agama... Dia ni beragama Kristian dan agak kuat dengan agamanya... Hari tu, masa kami berbual, dia telah mengajukan satu soalan kepada saya dan saya agak susah untuk menjawabnya, sebab jawapan tak boleh diberikan sebarang kalau pengetahuan kita sendiri tentang agama tu tak cukup. Adalah lebih baik kalau kita bertanyakan kepada yang lebih arif atau buat research dan cari jawapan dalam internet... InsyaAllah ada jawapan yang boleh membantu....
Soalan dia simple dan pendek jerr... Apa untungnya kalau dia memeluk agama islam... Soalan simple tu pun saya tak boleh jawab kan??? Malu sungguh... Tak pe la, disebabkan saya payah nak jawab, saya bertanya kepada yang lebih tahu dan cari jawapannya kat dalam internet...
Inilah jawapan yang saya jumpa dan saya harap boleh menjawab soalan kawan saya tu... InsyaAllah....

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al Khudri r.a. : Rasulullah SAW pernah bersabda.
”Apabila seseorang itu memeluk Islam,  lalu ia mengerjakan amalan yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), Allah SWT akan memaafkan semua dosa-dosanya di masa lalu... Kemudian setelah itu, barulah dilakukan perhitungan pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dan dilipat gandakan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya sahaja, kecuali apabila Allah SWT memaafkannya"

Apabila memeluk agama Islam: 
Apabila orang kafir masuk Islam, maka segala bawaannya meliputi perbuatan dan kepercayaan yang dilakukannya sebelum itu diampunkan dan bersihlah ia dari sebarang dosa. Dengan kata lain, Sesiapa yang baru memeluk agama islam umpama seperti bayi yang baru lahir tanpa sebarang dosa, amat suci dan bersih...
Balasan amalnya yang dilakukan setelah memeluk Islam: 
Sesudah memeluk islam, perhitungan tentang kepercayaan dan amal-amal yang dilakukannya akan dilakukan. Tentang dosa dan pahalanya, iaitu tiap-tiap satu amal kebajikan yang dikerjakannya adakah sempurna syaratnya untuk diberi balasan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, mengikut kesempurnaan amal-amal itu dan keikhlasan orang yang mengerjakannya. Sebaliknya tiap-tiap satu amal kejahatannya, jika dikehendaki Allah, dibalas dengan hanya satu kejahatan yang sama dengannya.
 
  Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keIslamannya dengan sebaik-baiknya serta dengan ikhlas, maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebaikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya." 
Penilaian Islam terhadap kebajikan dan kejahatan:
Islam memang ada kelebihannya dengan sifatnya agama yang sah di sisi Allah. Di antara kelebihan-kelebihan Islam ialah tiap-tiap satu amal yang baik diberi balasan sekurang-kurangnya dengan sepuluh kali ganda. Kelebihan ini tidak dapat dicapai dengan pengakuan mulut semata-mata, atau dengan sebab keturunan Islam sahaja, tetapi dicapai hanya dengan amal-amal yang baik,  yang sempurna lagi ikhlas untuk beroleh keredhaan Allah `Azza wa Jalla. 
Bagi orang yang baru masuk Islam, adalah seperti yang diterangkan dalam hadith yang diatas. Bagi orang-orang yang berketurunan Islam pula, hendaklah mereka tetap mematuhi Islam, dan mengerjakan ajaran-ajaran Islam dengan sempurna dan ikhlas. Dengan yang demikian baharulah Islamnya itu dinilai oleh Allah Taala dan diberi balasan yang berganda-ganda.

3 comments:

Kak Yatt said...

Kalau ada yang tak betul dan kurang... Mohon tunjuk ajar yee... =)

MRCM said...

Apa untungnya kalau dia memeluk agama islam?

Kena tanya dia, keuntungan apa yg dia expect? Tiba2 jadi kaya atau dapat habuan2 dunia yg out of imagination ke? Tak boleh nak expect macam tu.

Sebenarnya, kejayaan atau keuntungan dalam Islam more towards kejayaan di akhirat setelah amal kebaikan yang kita buat kat dunia ni. Natijah dari kebaikan yang kita buat kat dunia ni,insyaallah akan menghasilkan kebaikan jugak dalam hidup kita di dunia ni. So dari situ baru nampak keuntungan dalam Islam.

Anyway, maksud kebaikan tu amat besar maknanya, yang mana dia jugak berpendapat dia dah buat kebaikan mengikut ajaran ugama nya. Therefore, untuk penerangan tentang maksud kebaikan ni, dia hendaklah merujuk kepada kitab orang Islam dan compare dengan kitab ugama dia supaya dapat mencari maksud kebaikan yang hakiki.

Pada pandangan saya, kalau saudari berikan hadis seperti diatas pada non muslim, I dont think dia pecaya dengan hadis tersebut, sebab dia tidak muslim.

Sekadar pandangan.

Kak Yatt said...

MRMC... thanks al lot dgn pendapat tu... Ada betulnya... sebab saya sendiri tak boleh nak explain bila saya di tanya soalan tersebut... Jadi bisu nak jawab apa... Terima kasih banyak... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~