Thursday, August 18, 2011

Marah Boleh Membawa Kepada Malapetaka

Disaster.... Hahahhaha~~~ Dah tak betul kot... Kenapa saya suka buat keputusan melulu ketika marah dan otak tak betul.... Orang selalu berpesan kat saya, kalau marah jangan buat apa2 keputusan sebab time tu akal kita tak waras dan apa2 keputusan yang kita buat adalah tak betul. Masa kita marah, kita dikawal oleh syaitan, jadi syaitan akan hasut kita buat perkara yang jahat dan tak betul....

Jadi, pengajarannya... Otak tu adjust la sikit... Jangan nak main hentam jeerrrrrrr.... Huhuhuhu~~~ Time ni saya tahu la bercakap... Tapi nanti bila saya marah balik nanti, benda yang sama yang akan saya ulangi.... Aduiiii~~~ Sekarang ni, belajar macam mana nak kontrol marah... Macam mana ekk??? Antaranya ialah sentiasa ingat pada Allah.... Macam dalam contoh yang saya jumpa ni.... InsyaAllah saya akan cuba lepas ni untuk kawal perasaan marah saya dan mendamaikan hati... Komunikasi dengan Allah boleh membantu mententeramkan jiwa dari perasaan marah dan dapat mengelakkan diri dari sakit migrain atau sakit jantung....heheheh~~~ Panjangkan umur laaa... =)

Luahkan pada Allah, InsyaAllah marah dan geram ketika tu boleh hilang dengan cepat. Selalu doakan orang tu jadi rajin, sedar diri atau dengan nama lain berubah jadi orang yang bertanggungjawab la sikittt.... (^___^)

Contoh Ketika memandu:
“Ya Allah, kereta ni kurang ajar betullah ya Allah. Geramnya aku ya Allah. Aku buat kurang ajar nanti baru tau. Tapi buat apa kan ya Allah. Biarlah dia ya Allah. Buat apa aku peningkan kepala fikirkan pasal dia kan ya Allah. Dia nak jadi apa, lantak dialah ya Allah”

Ketika geram dengan kengkawan yang malas:
Kau bantulah aku ya Allah. Kau buatlah sesuatu, kasi budak ni rajin ke, sedar diri ke. Lembab betul aku tengok dia ni ya Allah. Kasi dia ni cerdas ya Allah.“

 **Ketika kita marahkan seseorang, adalah sesuatu yang amat penting untuk kita memalingkan muka kita ke arah lain. Rasulullah SAW telah berpesan agar kita  memalingkan muka kita ketika kita marah. Kenapa? Apabila kita marah, kita berada di fikiran bawah sedar di mana fikiran tidak dapat mengawal diri. Ketika ini, jika kita marah sambil melihat muka orang yang kita marah kita telah menanamkan wajah mereka sebagai orang yang membuatkan kita marah tanpa disedari. Kita telah memprogramkan fikiran kita tanpa sedar. Maka setiap kali melihat wajah mereka, walaupun pada ketika itu kita tidak marah, ia boleh membawa kita kepada perasaan marah disebabkan informasi yang telah tersimpan menyatakan bahawa kita mesti berasa marah apabila melihat wajah mereka.

**Kerana itu Rasulullah SAW menasihatkan kita sejak beribu tahun yang dulu lagi untuk memalingkan muka ketika marah. Ada juga nasihat Rasulullah SAW meminta kita duduk ketika marah. Semuanya adalah berkaitan dengan otak kita....

.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~