Thursday, August 11, 2011

Seni dan Minat Seseorang

Dah malam... saya baru balik dari melepak dengan kawan2... Melepak di Waterfront... Hehehhe~~~ Saja nak buang masa malam2 camni melepak dan melihat keindahan malam sambil menenangkan fikiran... Saya melepak dengan seorang kawan sama kerja dan kawan dia...

Bercakap pasal seni... Rasanya saya ada seorang guitarist pujaan hati... Hahahha~~~ Konon la pujaan hati... Hampeh... heheheh~~~ Eldrine~~~... Dia ni musician... Hari ni saya sempat rakam beberapa video time dia main guitar electric... Syok la jugak tengok sebab saya tak pernah tengok orang mainkan depan saya sendiri... Ada beberapa instrument yang dia pandai... Tapi yang saya pernah tengok guitar biasa dan yang hari ni... Ala2 tengok dia jamming laa.... huahuahua~~~ Ada jugak beberapa video dalam youtube dia mainkan guitar biasa... Lagu budak2 je... Nak tengok??? Kat bawah ni... =)


Menurut dia, video kat atas tu dia ambil masa baru2 je nak pandai main... Tapi sekarang saya tengok dia dah agak Profesional... Cuma saya tak boleh nak post Video yang saya ambil tu kat dalam ni, sebab dia kata video tu private & confidential.... heheheh.... (^___^) Guitar kat bawah ni la yang saya tengok dia main tadi...


Ni kira first time kenal dengan orang gilaaaa muzik... Sebelum ni ada jugak sorang kawan sama kerja, dia gilaaa sangat dengan lukisan... nak tengok lukisan2 dia??? >>>Klik Sini<<<... Nampak macam dia gemar lukis potret muka seseorang... Bila agaknya dia nak lukis muka saya pulak??? Hihihi~~~ Bawah ni lukisan paling latest yang saya tengok kat blog dia tadi... hehehhe~~~

Semua orang ada minat spesifik dan tersendiri... Saya pulak??? saya minat apa ekk??? Saya tak ada yang spesifik, sebab semua benda saya suka buat asalkan dapat isi masa... Entah laaa... Kadang2 ingin jugak nak cari sesuatu yang tersendiri macam kawan2 saya tadi... Tapi saya tak tau apa yang saya minat sebenarnya... Nanti satu hari saya akan tau jugak kot... nanti laaa... Bukan sekarang... hehehhe~~~ Sebelum ni saya agak minat menternak haiwan seperti tikus... Tikus dirumah saya dan ada lebih 30 ekor rasanya, sebab tak henti2 beranak... Tapi sekarang minat tu dah agak menurun... Hahhahah~~~ kan tadi saya dah kata?? Saya tak ada minat spesifik... Bila2 je boleh berubah... Huhuhuu~~~ Sekarang ni saya dan abang saya tengah cari jalan nak jual tikus2 tu... Boleh buat duit... Hehehehhe~~~

Hurrrmmm~~~ dah... malam dah nak fikir nak tulis apa pulak kat perenggan seterusnya... Esok2 la saya buat lagi... Selamat malam kawan2... (~___~)
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~