Monday, October 17, 2011

Moist Chocolate Cake

Hari ni, saya bosan duduk rumah, jadi tengah hari saya buat kek coklat untuk minum petang... (^___^) Bahan2nya saya reka sendiri, tapi bila dah jadi, sangat sedap... =D
Bila dah siap, saya hias macam kat bawah ni sebab nak bagi kat someone... Hehehhe~~~ =D


Bahan2 Kek:
500g ButterCup
1 gelas gula
4 biji telur
2 gelas tepung
1 gelas serbuk koko
1 tin susu cair
1 sudu esen vanilla
2 sudu kecil "baking powder"

Bahan2 Topping:
150g ButterCup
1/2 gelas gula ising
10 sudu besar tepung koko
1 gelas susu tepung


Cara membuat kek:

1. Cairkan mentega dan sejukkan.
2. Mentega cair dipukul bersama gula, telur dan susu cair.
3. Masukkan tepung gandum, "baking powder", serbuk koko dan esen vanilla kedalam bahan (2).
4. Pukul semua bahan selama 10 minit sehingga kembang.
5. Masukkan kedalam acuan saiz 9x9.
6. Kukus selama 3 jam 30 minit.

**Kek boleh juga dibakar, tetapi saya kukuskan je sebab saya tak suka kek bakar... (^___^)

Ni topping yang saya sapu je suka hati, sebab nak makan sendiri je... Hehheheh~~~ (^___^)
Cara membuat topping:

1. Pukul butter sehingga kembang selama 5 minit.
2. Masukkan gula, serbuk koko dan susu tepung. Pukul selama 5 minit sehingga kembang.
3. Kemudian, bolehlah disapu kat atas kek yang sudah siap...
**Masukkan kek kedalam peti sejuk selepas di sapu topping, kalau dah sejuk sikit barulah boleh dipotong. =D

Sedap tau.... Boleh jadi kek hari jadi jugak... Nyum3~~~ (^__^)
.
.

2 comments:

Anonymous said...

kak,kmk mtk resepi tok k...blh x?

Kak Yatt said...

boleh... =) try la klak... (^_^)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~