Monday, October 24, 2011

Hari Pertama Masuk Sekolah (^_^)

Klik >>> Lokasi SMK Padungan mengikut Google Earth
Dah tengah hari la nampaknya sekarang... Mata saya dah mula mengantuk, sebab tadi makan ayam banyak sangat kat KFC... Heheheh~~~ Masa saya menulis blog ni, saya berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Padungan... Nama lama sekolah ni adalah "SMK Lumba Kuda"... Hari ni saya melapor diri sebagai Pembantu Makmal di sekolah... Hari pertama kerja la maksudnya ni... Awal2 lagi saya dah online dan tulis blog... Hehehheeh~~~ Hampeeehhhhh betul staff macam saya ni... Saya bukan nya melepak or dengan kata lain sarawak "MENGULAR"... (^_^) sekarang waktu lunch, jadi boleh la saya online kejab kat perpustakaan sementara nak mengisi masa...

Masa pertama kali sampai tadi, rasa macam pelik pulak. Masa sekolah dulu datang sekolah pakai uniform. Tapi sekarang masuk sekolah sebagai seorang staff, pandu kereta sendiri dan pakai pakaian formal, semua student tengok macam pelik. Mungkin sebab saya staff baru dan tak pernah nampak sebelum ni... Tapi blurr dan tak tahu apa nak buat tu cover je la... Buat2 cool... Heheheh~~~ (^__^)

Pejabat Residen Dan Daerah Kuching
Actually, saya belum start berkerja lagi. Lepas melapor diri pagi tadi, saya mintak kebenaran keluar kat pengetua.. Saya pergi angkat sumpah dan buat medical check-up, tengah hari baru settle semuanya.. =) Tadi angkat sumpah kat pejabat Residen, pastu terus pergi Klinik Tanah Puteh untuk buat check-up. Tapi tak habis lagi, tadi baru pergi ambil air kencing je, next week 31 Okt 2011 datang appoinment balik.... =D


Habis settle semua tadi, saya pergi jumpa Ayong, lunch kat KFC Boulevard dan jalan2 kejab. Masa pergi KFC tadi, duit cukup2 je, maklum la tengah bulan, tapi sibuk jugakkkk nak makan dekat KFC... Heheheh~~~ Bukannya apa, masa tu KFC je yang paling dekat nak makan, kawasan batu 3 semuanya gerai makan cina, sebab tu la nak ke tak nak kena pergi KFC jugak... hihihi~~~

Lepas makan baru balik ke sekolah. Sekolah ni kecik je... Student dlm 600++ dan ada 2 blok kelas je. Majoriti student sini adalah cina, hampir 90% la, tapi guru pun 90% juga melayu... (^_^) Harap2 kerja kat sini baik2 je dan takde masalah. Sebab saya akan berada lama kat sini, boleh dikatakan 40 lebih tahun akan berkerja disini kot sampai pencen, tu pun kalau tak diubah jabatan atau sekolah... Jadi BEHAVE & kerja baik2 OK... Heheheh~~~ Try nak motivate diri sendiri... =)

So, ni je kot... Doakan semuanya baik2 je untuk saya dan kamu juga... Daaa~~~ (^_^)
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~