Tuesday, October 18, 2011

Jika Kamu.... Begitulah juga...


Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terlekat di mata kail..
Hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu..
Dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup...
 

Begitulah juga..

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang..
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu..
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya..
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja..
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu..
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu..



Jika kamu MENADAH air biarlah berpada..
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh..
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja..
Kerana apabila ia mulai RETAK, tidaklah susah untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula..
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja..

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang..
TERIMALAH dia seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa..
Anggaplah dia manusia biasa..
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN.. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA
Dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan berTERUSan hingga ke akhir hayat..
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya..
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……  




Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi..
Yang kamu pasti BAIK, MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ..
Mengapa kamu berlengah lagi dan cuba mencari makanan yang lain??
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN..
Akhirnya nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi..
Kamu akan MENYESAL ..

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ..
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu...

MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU..dan MENCINTAIMU..
Mengapa kamu berlengah lagi dan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain??
Kerana terlalu mengejar KESEMPURNAAN..
Akhirnya dia BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi..



Oleh itu, janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN, kerana ia bukanlah faktor utama dalam KEBAHAGIAAN..

“Yang patah Kan tumbuh, yang hilang Kan berganti... Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”....

.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~