Wednesday, October 19, 2011

My Baby is So Pink

Hello... (^__^) Sekarang pukul 8.30 malam... Saya excited nak tulis entry malam ni... =) Hehehhehe~~~
Kenapa??? Sebab hari ni saya ada belikan accessories yang semuanya warna pink untuk kereta saya... (^__^) Kereta?? bila pulak tu??? hehe~~~ Esok saya dah dapat kereta sendiri... Saya suka sangat2, sebab itulah harta pertama paling berharga yang saya ada setelah saya berkerja... (^___^)

Kereta... Bukanlah kereta baru... 2nd hand jerr... =( Actually, tu adalah kereta kakak saya. Tapi, sekarang ni saya take-over sebab kakak dah nak beli motosikal "scrambler" (tak tahu ejaan sebenar). So, kereta tu akan jadi milik saya sepenuhnya... Lepas ni, saya jaga, saya bayar bulan2 dan saya boleh buat apa saya nak dengan kereta tu... hehehee~~~ Mula2 terfikir jugak, baik beli kereta baru je kalau dah berkerja dan mampu bayar. Tapi, bila fikir2 balik....tak baik membazir, lagipun kakak dah offer benda baik, tak kan nak tolak... Lagipun 5 tahun je tinggal saya nak bayar... Jimat la bajetttt... (^__^)

Hantar kereta pergi mandi... (^___^)
Esok pagi saya dah melapor diri untuk kerja baru. Jadi, saya akan guna kereta sendiri. Myvi Putih, (QAL 1151). Cehhh~~~ Eksyen pulak daaa... Takde lah, bukan nak tunjuk lebih2, cuma happy sangat2 sebab akhirnya boleh capai perkara pertama yang saya nak dalam hidup ni ketika usia 23tahun... Lepas ni nak capai impian yang seterusnya pulak... (^__^) Nak tahu apa??

1. Pergi melancong, tak kisah la dalam atau luar. Ikut kemampuan saya sendiri buat masa sekarang
2. Nak memiliki rumah sendiri
3. Nak kahwin... Hehehhe~~~ Entah2 kawen dulu baru ada rumah kottt... teteteetttt~~~ =P 
4. Tak terfikir lagi... nantilah update... hehehhe~~~

Jadi... Nak tengok apa yang saya dah beli untuk Baby saya??? (^__^) Ni je Accessory kereta warna pink yang saya jumpa... Tadi ada yang jual satu set, tapi macam tak best pulak kalau semua sepasang, saya nak ada macam2 jenis patung... hehhehe~~~  yang saya jumpa hari ni... yang lain, nanti2 la ekk~~~ =)

Tissue Cover, Mashi Maro comel sedang tido... =) saya pasangkan terus tadi... (^_^)
Safety belt cover, ada teddy bear comel kat situ... =D
Car neck support cushion, ada ayam comel.. hehehe~~~
Non-slip dash pad, saya jumpa warna pink... =)
Butterfly yang tak berapa nak pink... Hehehe~~~
Itu je la yang saya jumpa hari ni... Tak nak la letak banyak2, nanti macam zoo pulak... Actually, saya nak buat kereta saya nampak ladies sikit... Sebab kakak saya ni sangat ganas dan samseng ketika memandu. Jadiiii~~~ saya takut kalau orang yang dah biasa jumpa kereta ni, nanti mereka ingatkan pemandu lama yang bawa, hurmmm~~ tak tau la macam mana... Sebab tu la saya nak ubah... Hehehee~~~
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~