Monday, November 14, 2011

Cincin Unik & Comel

Semalam jalan2... Balik tu tak sempat nak bukak blog... (^_^) hari minggu yang bosan dan blurr.. tak tau apa nak buat... Kuching ni kecik sangat, takde tempat nak pegi... Pusing2 sejam dua dah habis jalan semua tempat... hehehe~~~ =)

So, first destinasi pegi makan dulu kat KFC sarawak plaza... Nyum3~~~ saya tak nak makan, sebab sebelum keluar tadi pun dah pergi KFC dengan family, jadi dia je makan... =) Saya mengidam ice-cream jelly KFC tu, sedapp... Sebab tak pernah lagi makan walaupun dh 23 tahun hidup... Hihihihi~~~ (^_^)
Jelly Ice-cream KFC... (^_^)
Masa makan tu asyik main je... Berjam2 duduk, sebab tak tau mana nak pegi... Lepas tu tiba2 dia mintak pen... Rupa2nya nak main lukis2 tangan, buat cincin comel... Eheheh~~~ (^_^) Barulah saya tau rupa2nya saya ni pun agak kretif jugak orangnya... heheheh~~~ (^_^) Cantik kan??? cantikkk~~~ Saya pakai cincin "E", dia pakai cincin "Y"... =D

Cincin "E" dan "Y"
Lepas makan... Tak tau dah mana nak pegi... Aduhai... Ada idea tak mana nak pergi jalan2 kalau di kuching??? =) mula2 fikir nak pergi Jong Crocodile Farm, Taman buaya di Serian... Tapi masa tu dah pukul 3.30petang... Rugi pulak kalau nak pegi, sebab waktu makan petang buaya pukul 3, tak sempat dah nak tengok... Hurmmm~~~ Last2, pergi ke taman sahabat... (^_^) Jalan2 dan tengok kerenah manusia... Macam2 je perangai manusia. Ada jugak jumpa kawan sama kerja di MEMC dulu... Kantoi dahhh... heheheh~~
Ikan kat situ bosan gilerr... Ikan dia semuanya kenyang, sebab bila kami bagi roti diorang langsung tak pandang... ish3~~ Menyampah... =P

Patung batu... heheheh~~~
Ikan yang sombong di taman sahabat... Bweekkk~~~ =P
Kalau pergi taman sahabat, jangan bawa makanan untuk ikan tau... Sebab ikan dia sombonggg~~~ HEheheheh~~~ Ok dah... Ehee~~~ Byeee~~~ (^_^)
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~