Sunday, November 13, 2011

Jahatnya Aku

Tadi baru lepas tengok TV3... Rancangan cerekarama 10 Zulhijjah.... Sedeh sangat tengok cerita tu, tentang anak2 dia yang sangat derhaka dan pentingkan duit dari tanah yang di gadaikan ayahnya. Last2, mak bapak diorang meninggal di tanah suci mekah, langsung diorang tak sempat nak mintak ampun... MasyaAllah... Lepas tengok cerita tu, macam ada kesedaran sikit kat dirik sendiri pentingnya hormat ibu-bapa dan orang lain.

Apa yang saya nak ceritakan ni pun untuk pengajaran buat diri sendiri dan belajar kawal kemarahan... Sebelum nak marah2, fikir2kan dahulu.. Jangan cakap main lepas jerr... Kesian kat orang lain...

Si adik bongsu yang sangat sayang kat mak bapak
Abang Long yang paling kurang ajar
Abang & Kakak langsung tak datang masa mak bapak diorang nak berangkat ke Tanah Suci
Saya terasa sebab petang tadi saya rasa dah kurang ajar sangat. Bukan dengan orang lain, dengan dia... Saya tak nak sebut nama, malu pulak dia nanti... Dia yang amat saya sayang sekarang ni... Saya rasa bukan dia orang pertama yang saya layan macam ni. Saya layan yang dulu pun macam ni jugak rasanya. Sebab saya ni jenis perempuan kasar dan maybe kurang ajar sedikit dengan lelaki... =( Jahatnya... (-_-)

Petang tadi, masa membeli bayang di mall, saya pergi bayar barang di kaunter. Dia pun tunggu saya kat hujung kaunter. Tiba2 masa saya bayar, tengok dia dah hilang, takde dah kat hujung tu. Lepas je bayar, saya terus PANAS dan agak berang...  Saya tak tau dia ke mana, nak call pun takde kredit. Saya terus je ke kereta dan tunggu kat situ. Tak sampai SEMINIT, dia call tanya mana saya. Tak semena2 saya terus TENGKING dan MARAH tak tentu pasal suruh dia balik ke kereta... Bila dia sampai, dia tunjukkan roti yang dia beli masa dia hilang sekejab tadi... Roti tu untuk dia bekal pergi kerja malam nanti... Tanpa rasa belas kasihan, saya marah2 dan membebel, walaupun dah tahu sebab kenapa dia hilang... Alangkah biadapnya saya... Ya Allah... Kesian dia...


Bila fikirkan betul2, memang saya agak biadap dan kurang ajar bila buat camtu.. Masa saya marah2 dan membebel, dia masih tersenyum sebab nak sejukkan hati saya dan minta maaf... Lepas tu saya buat macam takde apa2 yang berlaku.. Kenapa macam ni??? Kenapa saya berhati batu sangat??? Ya Allah... Dia sangat sabar dengan perangai saya. Bila dia sabar dan baik, saya buat macam ni... Sekarang baru saya sedar dan nak mintak maaf... =( Dah bagus orang tu nak terima kita walaupun kasar macam ni, nanti kena tinggal baru padam muka... menagis bergoleng2... Hehehhe~~ ishhh~~~

Hati saya sangat tak tenang, saya terus mesej dia dan mintak maaf serta terangkan apa yang jadi petang tadi... Dia kata takde apa dan dia tak kisah pun... Terima kasih banyak... Lepas ni saya try nak ubah perangai ni... Tak nak kasar sangat dengan sesiapa... Tak nak kasar dengan Mak Bapak lagi, dengan Dia, dengan kawan, dengan adik beradik dan sesiapa je lah....

Itula... Dah buat baru nak menyesal... Masa buat tak fikir dulu... Asyik anggap diri sendiri je betul... Siasat dulu betul2, baru la boleh marah2.... Hurmmm~~~

Ok dah... Ni je yang saya nak share... Harap lepas ni tenang sikit... Salam...
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~