Friday, November 11, 2011

Lumrah Suka Mengutuk

Hormat??? Hormat menghormati ni dah kira amalan biasa kita kan?? Ade ke manusia yang tak hormatkan orang lain??? Paling teruk pun, dia akan hormat ibu bapa dia sendiri...


Dari hari ke hari, macam2 perkara yang saya jumpa dan pelajari... Kita memang suka bercakap tentang orang lain dan mengutuk sesama sendiri... Lumrah ke tu??? Dah kebiasaan??? Tak ada kerja lain dah ke?? Hurmmm~~~ Kadang2 hairan jugak, kenapa mesti kutuk orang lain?? Kenapa mesti jaga tepi kain orang lain?? Kenapa mesti mengata?? Tak boleh ke terima seseorang itu seadanya?? Tak boleh ke hormati orang lain?? Kalau ada yang tak betul, tak salah rasanya tegur depan2 kalau kita sebagai kawan... Kenapa perlu main kutuk2 dan mengumpat?? Kenapa perlu nak burukkan dan jatuhkan maruah orang lain?? Itulah manusia... Tabiat @ habbit... (-_-)

Sepanjang lepas tamat belajar, saya dah bertukar 3 tempat kerja dan 3 suasana yang berlainan dan persekitaran yang berlainan... tapi cuma satu je persamaan yang saya jumpa.... SUKA MENGUTUK ORANG LAIN... itu je persamaannya... (^_^) Korang perasan tak semua tu??? Manusia jenis ni ada dimana2... Betul tak??


Tapi... Apa yang menyebabkan mereka ni suka menngutuk orang??? Sebab yang pasti adalah KETIDAKPUASAN hati... TETAPI... Apa yang menyebabkan perkara ni?? Nak tahu apa??

1. Hasad dengki
2. Tingkah laku yang tidak menyenangkan
3. Kesalahan yang dilakukan
4. Kebaikan

Hasad dengki
Sentiasa berasa tak puas hati dengan apa yang seseorang tu miliki. Mungkin dia terlalu cantik atau kacak sehingga menarik perhatian semua orang, dia sentiasa dapat memenangi hati orang lain serta bijak berkomunikasi sehinggakan semua orang tertarik berkawan dengannya dan sentiasa dapat melakukan semua kerja serta maju dalam apa juga perkara. Perkara yang baik seperti ini pun boleh menyebabkan seseorang menjadi mangsa kutukan orang, betul tak??? (^_^)

Tingkah Laku yang tak menyenangkan

Kalau perkara macam ni mungkin patut menyebabkan orang bercakap di belakang. Mungkin terlalu seksi ketika ke pejabat, kelakuan yang terkinja-kinja, menggoda lelaki, kedekut, suka meminta-minta, menunjuk-nunjuk dan perkara lain yang pernah kita jumpa. Tetapi, daripada kita mengutuk sebab tak suka, lagi baik kita jauhkan diri dari orang macam ni. Mata kita pun tak sakit dan tak adalah rasa menyampah bila tengok. Dapat jugak kurangkan dosa mengumpat. Hehhehe~~~ (^_^)

Kesalahan yang dilakukan

Kalau kawan kita tu ada buat salah, tak salah kalau kita tegur dengan cara yang betul. Contohnya dia datang lambat ke pejabat atau cuai masa bekerja. Kenapa nak bercakap dan mengutuk lebih-lebih dibelakang?? Kadang-kadang, bila kita mengata orang, 20% adalah cerita rekaan dan tak betul. Masa syok bercerita tu, masa tu jugak la kita syok nak tambah2 lagi klimaks cerita supaya situasi nampak lebih menarik.. Kan menfitnah dah namanya tu?? Kesian budak tu kena fitnah... Ish3~~~ (^_^)

Kebaikan
Kebaikan yang orang buat pun boleh jadi topik untuk mengumpat yerr??? Hehehhe~~ Kadang2 orang tu kerja dengan rajin, korang kata pulak dia berlakon nak tunjuk rajin.. Kenapa tak berterima kasih dan syukur sebab dia rajin?? kalau dia tak rajin, korang nak tolong ke dia siapkan kerja tu???
Lepas tu, bila budak ni pendiam, korang kutuk dia berlagak dan sombong... Kalau dah tu sifat dia, memang dia pemalu dan tak banyak cakap, terima je lah. Tak semua orang banyak cakap dan ramah macam kamu. Belajar untuk terima seseorang tu seadanya... Hati kita senang, orang lain pun tumpang senang... (^_^)


Kesimpulannya, kalau kita nak diri kita dihormati dan disenangi, perkara pertama yang kita perlu buat adalah belajar menghormati orang dan jangan suka mengutuk... (^_^) Renung2kan, selamat mengurangkan kontroversi... =)
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~