Thursday, November 17, 2011

McD dan Bapak yang Lucu... (^_^)

Malam ni pegi makan kat mcD sebab celebrate adik2 saya yang dapat result yang baik masa final exam lepas... Mak dah janji dengan diorang, jadi kena la tunaikan. Walaupun tak seberapa, tapi dah cukup bermakna sebab kami dapat berkumpul dan lepak sekeluarga... (^_^)

Saya dan adik2... =)
Nak tau apa yang lucu??? Hehehhe~~~ Tak tau la untuk korang benda ni lucu ke tidak. Tapi tadi kami tergelak macam nak terbalik je meja sebab dah tak terkawal... heheheh~~~ (^_^)
Tau tak Sos Dispenser kat mcD tu??? Kepala dia macam paip kan??? Terfikir tak orang akan buat sesuatu yang pelik kat situ??? heheheh~~~

Lebih kurang macam ni la Sos Dispenser mcD... =)
Tadi, tangan bapak saya kotor, jadi dia nak ke sinki cuci tangan. Dia tak jumpa pulak kat mana sinki, jadi ternampaklah Sos Dispenser tu kat tepi tangga... Dengan confidentnya bapak saya letak tangan kat bawah muncung sos dan tunggu air paip keluar... Sebab dia ingat tu macam paip automatik kat The Spring... Hehheeh~~~ Punya la malu bila dapat tahu tu paip sos dan bukan paip air... Terus tak jadi bapak nak cuci tangan dan balik ke meja semula... Hehheheh~~~ Kesian bapak... Actually bukannya tak pernah pergi ke mcD, tapi dulu2 mcD guna sos paket je. Mana ada guna paip macam sekarang.. Orang2 tua jarang pulak nak pergi ke tempat makan fast food, manalah dia tahu yang sos mcD dah guna paip... Jadi dia fikir memang tu la paip air... Memang kesian, tapi tergelak macam nak mampus bila tengok... heheheh~~~ Jahatnya saya dan adik2... (^_^)

Mak dan Bapak tersayang... (^_^)
Bapak bersama cucu2.... =)
Happy hour bersama family... =)
Tapi apapun memang seronok dan happy sangat bila bersama keluarga... Takde saat yang lebih indah dari saat bersama keluarga... (^_^)
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~