Wednesday, November 2, 2011

Milk Butter Prawn

Butter prawn??? Nyum3~~~ My favorite.... Heheheh~~~ Hari tu saya masak sebab ada permintaan khas... Tak tau nak cari resipi dari mana, jadi saya buat la ikut yang saya tahu dan reka sikit2... Nasib baik la menjadi dan sedappp sangat.... Lembab dan Crispy... (^_^) Nyum3~~~


Bahan-bahan :

1kg udang sederhana besar
8 biji kuning telur ayam
100g buttercup / farmcow
1 tin susu sejat
5 biji bawang putih dicincang halus
2 tangkai daun kari
Tepung gandum, lada, garam, perisa & gula

Cara-cara menyediakan udang :

Udang goreng tepung
Untuk sediakan udang goreng tepung seperti diatas:
1. Udang dibuang kepala dan belah belakang. (Kalau nak crispy, JANGAN DIBUANG KULIT macam dalam gambar diatas)
2. Sediakan 3 biji kuning telur dan celupkan udang seekor demi seekor, kemudian golekkan udang kedalam tepung gandum.
3. Gorengkan udang yang bersalut tepung sehingga garing. (DEEP FRY).
4. Angkat udang dan ketepikan.


Cara-cara menyediakan butter :

Lagi banyak butter lagi sedap
1. Panaskan butter dan tumis bawang sehingga garing.
2. Masukkan 5 biji kuning telur, susu sejat, daun kari, lada, perasa dan garam. Gaul sehingga bahan betul-betul masak dan cukup kering.
3. Masukkan udang yang telah digoreng tadi, padamkan api dan gaulkan sekejab sampai sebati.

Sudah siap... Sedappppp... Cubalah kalau nak tahu macam mana rasa... (^_^)v
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~