Tuesday, November 29, 2011

My First Salary

Gaji oh gaji... Macam seronok kan bila kita dah terima gaji pertama berkerja?? Hehehhe~~~ Seronok memang seronok, sebab 1st masuk tu biasanya besar dan banyak... Tapi kannn??? Bulan pertama kerja, mesti kita belum ada duit belanja lagi... Seperti biasa hulurkan tangan ringan kan beban dengan MAK... hehehhe~~~ Mak jugak yang jadi Along untuk pinjam wang saku... Heheheh~~~ Part pinjam meminjam ni la yang tak best... Hujung bulan, habis duit untuk bayarkan hutang jee... Haduiiii~~~ (-_-)

Baru je keluarkan dari bank dan sedia untuk diagihkan
Masuk je gaji bulan ni, dah panjang list apa yang perlu dibuat dan dibayar... Sedih menengoknyerrr... Hehehhe~~~ Bayar kereta, Renew Road Tax, Servis kereta dan tukar tayar belakang, Hutang Along (EMAK), bayar itu ini dan macam2 lagi... Hehhehe~~~ Normal la tu... Lumrah gaji pertama... (^_^)
Nasib baik la Si Myvi Putih saya tu pandai pilih tarikh lahir yee... Tau2 je dia nak birthday lepas gaji pertama saya masuk... Hehheheh~~~ (^_^)

Resit lepas bayar apa yang patut
Pandai kereta saya pilih tarikh lahir... (^_^)
Nyawaku... =)
Dah lepas habis semua hutang dan bersihkan duit dengan buat apa yang patut... Barulah lega hati... Dah takde fikir hal duit lagi... Harap2 bulan 12 ni bonus masuk penuh, supaya saya dapat langsaikan baki semua hutang saya dengan sesiapa yang berkenaan... Lepas langsai semuanya, barulah tenteram hidup dan duit yang kita belanjakan pun bersih dan berkat... (^_^) InsyaAllah...
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~