Tuesday, November 15, 2011

Pergi Kenduri tapi Makan di KFC... =(

Hujan macam ribut
Minggu lepas banyak sangat majlis kenduri kahwin kan???  Semuanya nak kejar tarikh 11 . 11 . 11... hurrmmm... Tapi cuaca tarikh tu agak tak best, sebab 11 . 11 . 11 tu hari jumaat, ok laaa sebab cuaca baik untuk majlis akad nikah... Tapiii, untuk majlis persandingan hari Ahad 13 . 11 . 11, hujan turun macam nak ribut. Spoil jadinya majlis dan susah untuk tetamu... (-_-) Dan hari tu jugak la spoil untuk saya dan family... Sedeh tau... =(

Saya dan adik2.. (^_^)
Mulanya kami pergi kenduri kat rumah jiran, sebab anak jiran kahwin. Tapi kami pergi tak lama, sekadar untuk menjenguk majlis sekejab dan tak sempat nak duduk makan pun... Kami tak makan sebab kiranya nak makan di majlis seterusnya di rumah saudara saya, sebab anak pak cik pun bersanding jugak pada hari yang sama... Sampai je kat situ, hujan turun macam ribut. Habis basah kuyup saya dengan adik2... Sudah la basah kuyup, bila kami sampai di rumah, kami tak disambut dan tak dijemput masuk pun... Macam tetamu tak diundang pulak rasanya... huhuhu~~~

Adik2 basah kuyup... =(
Dah tak dijemput, kami berdiri la di luar rumah bersama tetamu2 lain dengan tempias air hujan yang lebat pada pagi tu... Dah lama kami berdiri, hujan pun dah mula reda, kami pergi la ke rumah sebelah untuk tumpang duduk... Agak lama kami duduk, lepas tu datanglan mak cik saya hamparkan kain untuk hidangkan makanan. Dia suruh kami ketepi dan rasa seperti dihalau pun ada jugak. Saya ingatkan diorang nak jemput kami makan lepas makanan dihidangkan, tapi rupa2nya dia panggil geng lain pulak duduk di situ dan makan.

Tempat kami duduk sebelum disuruh ketepi... =(
Kami dah rasa macam orang bodoh pulak. Saya terus panggil bapak dan adik2 suruh balik. Kami langsung tak nak salam dan tak nak pandang pun tuan majlis tu sebab dah sakit hati. Perut lapar pun pulang je lahhh... Nasib tak baik hari tu... Alahaiii~~~~ Pergi ke dua majlis, tapi kedua2 tempat kami tak sempat nak makan sampai tengah hari...

Merajuk bawa bapak pergi KFC... =)
Makan di KFC dengan family lagi best... Hehehhe~~~
Auuummmmm~~~ Kami sangat laparrr... Hehehhe~~~
Dengan rasa kecik hati dan marah sedikit, adik saya bawa pergi KFC untuk pujuk hati sendiri... Hehehhe~~~ So, kami sekeluarga pergi satu lagi majlis kenduri di KFC... Hihihihi~~~ Nyum3~~~ Tak kisah la tadi tak makan sebab  KFC lagi sedap... (^_^)
.
.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~